Kerajaan BN Bantu Rakyat, Kerajaan Pembangkang Bawa Beban Pada Rakyat

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negeri yang dikuasai mereka bukan sahaja badut malah menindas rakyat serta mementingkan kuasa. Rakyat tidak diendahkan malahan tidak dipedulikan dengan beban berat yang perlu ditanggung oleh mereka.

Apabila mereka hendak tutup kesalahan mereka, mereka buat tuduhan kepada pihak lain iaitu kerajaan BN dengan mendakwa BN tidak bantu rakyat. Itu adalah satu tuduhan tidak betul kerana BN yang sentiasa bantu rakyat untuk meringankan beban mereka setiap masa.

Bantuan BN paling besar kepada rakyat ialah dari segi subsidi yang diberikan ke atas barangan atau perkhidmatan tertentu yang harga sepatutnya lebih mahal dan rakyat tidak mampu untuk mendapatkannya. PH tuduh kerajaan langsung tidak menyediakan subsidi untuk rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tohmahan sebegitu adalah tidak benar malahan kerajaan peruntukkan subsidi yang besar dalam pelbagai sektor selaras menyahut seruan meminta kerajaan sediakan subsidi untuk rakyat kurangkan beban kos sara hidup.

Pada Bajet 2018, tahun ini kerajaan beri RM3.9 bilion subdisi barang dan pengangkutan seperti gas masak, tepung dan minyak masak. Selain itu, kerajaan juga sediakan subsidi elektrik dan tol supaya kenaikan kadar elektrik dan tol dapat dielakkan.

Dalam blog beliau, Najib yang juga Menteri Kewangan jelaskan subsidi sebanyak RM26.5 bilion disediakan untuk penjagaan kesihatan untuk tahun ini walaupun kutipan dalam sektor itu hanya RM600 juta, membuatkan perbelanjaan ditanggung kerajaan adalah lebih dari kutipan.

Sejak 2012, yuran wajib untuk sekolah pun sudah diberi subsidi oleh kerajaan dan serta membiayai 90 peratus yuran pengajian universiti.

Di negeri yang ditadbir oleh Kerajaan pakatan, kos sara hidup amat tinggi tapi kerajaan negeri buat tidak tahu malahan terus tekan rakyat. Di negeri merek sebenarnya yang tidak ada peruntukan subsidi langsung. Paling membebankan, dasar kerajaan Selangor pimpinan Menteri Besar, Azmin Ali yang menaikkan cukai hartanah yang meningkatkan kos perniagaan serta beban kehidupan.

BN sudah beri komitmen jika menang pada PRU14 di negeri itu, kerajaan BN akan menurunkan cukai hartanah di Selangor. Azmin bukan buat apa-apa pun, cuma sibuk gali dan curi pasir sahaja.

Sejak perintah Selangor pada 2008, Azmin menaikkan bayaran ke atas 90 jenis lesen perniagaan di Selangor, dengan lesen di bawah pentadbiran MBSA dinaikkan 72 peratus dan di bawah MBPJ sebanyak 120 peratus. Azmin bukan sahaja bebankan rakyat dengan bermacam-macam kos tapi turut bebankan rakyat dengan bermacam-macam skandal.

Skandal tanah Kampung Sungai Yu di Permatang, apabila agih tanah secara tidak telus kepada kroni dan orang luar yang tidak penuhi kelayakan. Ada juga penerima yang nama mereka tidak ada rekod dalam JPN. Skandal MBI-Unisel-Jana Niaga Sdn Bhd melibatkan pembayaran sebanyak RM16 juta oleh MBI kepada syarikat Jana Niaga yang telah ditamatkan kontrak selenggara bangunan di UNISEL.

Azmin sampai sekarang masih berdiam diri skandal tanah di Paya Indah Wetlands melibatkan penukaran status tanah di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat daripada tanah pertanian kepada pembangunan walaupun terletak dalam kawasan yang diwartakan sebagai hutan warisan dunia.

Di Pulau Pinang, rakyat yang beli rumah akan menanggung lebih kos kerana ada peningkatan minima sebanyak RM120 sekaki persegi kepada kos pembinaan rumah di sana. Mereka yang beli unit rumah seluas 1,000 kaki persegi akan menghadapi kos lebihan sekurang-kurangnya RM120,000 seunit.

Itu belum kira berjuta-juta wang yang kerajaan Ketua Menteri Lim Guan Eng sudah bayar kepada syarikat pemaju skandal terowong dasar laut yang sudah tentu melibatkan duit rakyat Pulau Pinang. Itu belum lagi kes kenaikan tarif air di negeri berkenaan serta bayaran parkir letak kereta yang membebankan.

Kedua-dua Menteri Besar dan Ketua Menteri ini, sudah terpalit dengan rasuah dengan Guan Eng sedang didakwa manakala Azmin terpalit skandal curi pasir sampai anak saudara ditahan pihak SPRM.

BN belanja berbilion untuk subsidi bantu rakyat, kerajaan pembangkang belanja berbilion untuk kroni dan untuk kepentingan diri mereka sendiri. Bukan mahu senangkan rakyat tapi mahu buat rakyat susah. Di negeri ditadbir pembangkang, pemberian bonus berbulan-bulan tidak ada erti kalau kos sara hidup tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *