Asyik Menunjuk Aksi Mesra, Orang Dah Mula Menyampah Dengan Fattzura ?

Selepas foto Zulofa dikecam hebat netizen kerana aksi berpelukan, kini ‘power couple’ Fattzura mendapat habuan daripada netizen kerana dikatakan menunjuk-nunjuk aksi kemesraan mereka. 


Berbanding Zulofa yang hanya mesra untuk menghayati watak, Fattzura yang telah halal tetap juga dikritik netizen. Rata-ratanya kurang bersetuju dengan kemesraan halal yang mereka pamerkan.

Foto: Ig raden_era

Menjawab kecaman daripada netizen itu, Fattah Amin meluahkan rasa hairan dengan sikap mengambil tahu netizen. 


Menurutnya sekiranya tidak suka melihat kemesraan mereka, netizen tersebut boleh menghiraukan foto dan video yang melintasi media sosial mereka. 

Foto: Ig fattahaminz

“Saya tidak faham dengan sesetengah pihak yang menghina dan mengutuk tapi masih mahu melihat gambar atau video kami. Mudah saja sebenarnya, jika tidak suka, mengapa membazirkan masa untuk tengok?

“Seperti yang sering saya tegaskan sebelum ini, berdoalah dan cakap saja yang baik-baik.

“Atau lebih baik berdiam diri daripada terus meninggalkan komen yang mampu mengguris hati mana-mana pihak,” katanya dipetik daripada BH Online.


Foto: Ig fattahaminz

Namun begitu bukan semua yang membenci melihat kemesraann mereka. Rata-rata yang video atau foto yang tular adalah disebabkan bilangan tontonan dan like yang banyak, iaitu hasil tontonan peminat. Jadi, boleh dikatakan ramai yang menyukainya. Yang tidak suka hanya segelintir. 


Bagi yang meluat melihat aksi mereka di laman Instagram contohnya, tips dari kami anda boleh ‘block’ atau jangan tonton atau like foto dan video mereka kerana apa sahaja yang muncul di ruangan EXPLORE adalah berkisar dengan apa yang anda pernah klik, like atau tonton sepanjang hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *