Sumbangan Buah Limau Boleh Dikategori Rasuah

Share This:

“Semasa beri angpau, limau atau hamper dengan berniat mendapatkan sesuatu atau merasuah, itu merupakan rasuah.”

 

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah Mohd Fauzi Mohamad berkata, sumbangan makanan seperti buah limau, boleh dikategorikan sebagai satu bentuk jenayah rasuah jika pemberinya berniat untuk mendapatkan sesuatu sebagai balasan.
 
Bagaimanapun, Mohd Fauzi menjelaskan, sukar untuk membuktikan sama ada niat itu baik atau jahat, lapor Sinar Online.
 
 

Mohd Fauzi, lima dari kanan
Foto: Sinar Online
 

“Tetapi ketika dia beri dengan niat nak beri makan, saya rasa tidak adil kita nak kata itu rasuah. Bergantung kepada niat pemberi rasuah, namun jika ikut undang-undang ia rasuah,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*