“Suami Kita Hak Eksklusif Kita, Jangan Bagi Perempuan Lain Pegang Suami Kita”-Abby Abadi

Share This:

Bercakap mengenai soal lelaki yang sudah berkahwin diberi peluang untuk dilayan wanita lain biarpun sekadar dalam lakonan atau nyanyian, pelakon Abby Abadi ternyata tidak setuju dengan perkara itu.

Menurut sumber berkata, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 41,menerusi Instagram berkata, ia seperti membuka ruang kepada syaitan untuk mendorong manusia kepada perbuatan menjurus perlakuan maksiat.

“Suami kita hak eksklusif kita, segalanya halal, jangan bagi perempuan lain pegang suami kita, jangan bagi suami peluk perempuan lain, jangan bagi suami dukung perempuan lain.

“Jangan bagi perempuan lain pakaikan baju, makeup suami kita. Jangan jangan jangan itu ‘mengundang’ namanya. Walaupun sekadar lakonan atau sewaktu persembahan nyanyian atau waktu bekerja. Syaitan tetap suka,” tulisnya.

Foto tersebut dikatakan menerima lebih 10,000 tanda suka (like) dan reaksi positif pengikut yang rata-rata bersetuju dengan pendapat pelakon Gerak Khas ini.

Netizen turut beranggapan, Abby layak untuk memberi nasihat tersebut berdasarkan pengalaman yang pernah dilaluinya sebelum ini.

Terdahulu Abby pernah berkahwin dengan aktor, Norman Hakim, bagaimanapun bercerai pada 2008 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim yang berusia 10 tahun.

Manakala Norman pula berkahwin dengan Memey pada 24 September 2011 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwishz Hakim, 4, dan Muhammad Dirkhriz Hakim yang kini berusia dua tahun.

Bekas anggota kumpulan Elite itu kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.

Abby kemudiannya berkahwin dengan Muhammad Faizal pada 2015 dan kini kelihatan bahagia bersama suami tercinta.

Suami kita @jaiezzany ๐Ÿƒ . S U A M I kita Hak exclusif kita Itu mahalnya bila dah sah Segalanya H A L A L ๐Ÿ˜˜ Jangan bagi perempuan lain pegang suami kita Jangan bagi suami peluk perempuan lain Jangan bagi suami dukung perempuan lain Jangan bagi perempuan lain Pakaikan baju, makeup suami kita Jangan jangan jangan Itu 'mengundang namanya ๐Ÿ™Š . Walaupun sekadar lakonan Atau sewaktu persembahan nyanyian Atau waktu bekerja Dipejabat outstation & sebagainya Syaiton tetap sukaaaaaa Nampak mcm2 takde pape Tapi sebenarnya sebesar2 maksiat Yg buat ALLAH murka Beringat sentiasa โ˜บ๏ธ . pS: Itu jelah nk bagitau petang2 ni Ada soalan? ๐Ÿ™Š๐Ÿ˜๐Ÿ˜… #Suamikumpulduit #nakjalanlagi #kakikusukaberjalan hehehe

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*