Mana Ada Satu Keputusan Mahathir Yang Dipatuhi Parti Dalam PH

Share This:

Sejak sertai Pakatan Harapan (PH) pada Mac tahun lepas, sampai ke hari ini belum nampak keputusan tegas dan dihormati oleh semua parti dalam PH yang dibuat Pengerusinya, Mahathir Mohamad. Apa yang berlaku, walaupun beliau dikatakan pemimpin pakatan, tapi seperti ada pihak lain yang mengawal Mahathir.

Selepas nama Mahathir diumumkan sebagai calon Perdana Menteri mewakili PH, jadi meroyan ramai pemimpin pembangkang yang tidak setuju.

Bekas Ketua Pembangkang yang paling memusuhi Mahathir, Anwar Ibrahim pun tidak setuju kerana sepatutnya beliau yang jadi calon Perdana Menteri Pakatan bukannya Mahathir.

Pengumuman itu membuatkan seperti pemimpin tertinggi PH memberi arahan kepada pemimpin bawahan menyuarakan keadaan sebenar bahawa pembangkang tidak menerima Mahathir sebagai calon Perdana Menteri mereka tapi hanya kerana terpaksa dan terdesak.

Pada 9 Januari, selepas dua hari Komvensyen PH yang umumkan nama Mahathir, anak mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo dari DAP tampil membantah kerana ia akan membawa semula kelahiran “Mahathirisme” ke dalam politik.

Menurutnya, ia juga menunjukkan bahawa PH ketandusan calon dan kekurangan strategi.

Tentangan paling hebat datang dari PKR Selangor pimpinan Azmin Ali yang menyatakan mereka kecewa dengan pemilihan itu.

Ketua Biro Komunikasi PKR Selangor Hizwan Ahmad berkata PKR negeri itu tidak bersetuju dengan pemilihan pengerusi PH, Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekiranya PH berjaya mengambil alih kuasa.

“Dengan saki baki ruang demokrasi dan kebebasan bersuara yang ada, PKR Selangor dengan ini melahirkan rasa terkilan dan kecewa dengan pengumuman calon Perdana Menteri Pakatan Harapan,” kata Hizwan dalam satu kenyataan.

Kini, dengan Mahathir jadi Pengerusi soal pembahagian kerusi pun beliau gagal pimpin. Seperti ada campur tangan dari DAP yang menyuruh apa yang sepatutnya Mahathir lakukan. Aura diktator sudah tidak kelihatan dalam diri Mahathir.

Apa yang ada hanyalah raut wajah seorang tua yang mengharap simpati kerana sudah terdesak dan menuruti sahaja apa kata parti lain yang memperalatkan beliau. Tidak mustahil sekarang ini, sebenarnya Mahathir diperalatkan oleh semua parti komponen dalam PH iaitu DAP, PKR dan PAN.

Mana ada Mahathir bertindak tegas dan mengkritik parti lain dalam PH. Semuanya cakap elok-elok sahaja, tidak macam dulu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*