Kejam!! Bapa Cabul Bayi 12 Bulan

Share This:

Perbuatan yang kejam dan berhati binatang,apabila seorang bapa tergamak cabul bayi sendiri,akibat daripada itu lelaki terbabit ditahan apabila disyaki melakukan perkara tersebut pada bayi perempuannya berusia 12 bulan.

Menurut sumber, tindakan terkutuk suspek berusia 36 tahun terbabit terbongkar apabila ibu mangsa menyedari perubahan terhadap anak perempuannya itu yang kerap menangis ketika mencuci kemaluannya, Isnin lalu.

Justeru, suspek yang bekerja sebagai buruh terbabit direman selama empat hari di Mahkamah Kuala Terengganu bermula semalam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Perintah reman terbabit dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu, Noradila Abd Latiff.

Menurut sumber, bayi terbabit dijaga secara bergilir-gilir oleh pasangan berkenaan yang kini menetap secara berasingan berikutan dalam proses perceraian, sejak November lalu.

“Suspek menghantar pulang anaknya itu ke rumah isterinya di Kampong Manir, Kuala Terengganu, pada 12 tengah malam, Isnin lalu, dan bayi itu dalam keadaan baik pada mulanya.

“Bagaimanapun, ketika menukar lampin bayi berkenaan, ibunya mendapati terdapat kesan kemerah-merahan di kemaluan anaknya itu selain kerap menangis setiap kali bahagian sulitnya dicuci.

“Curiga terhadap perubahan itu, wanita berusia 28 tahun terbabit membuat laporan polis berhubung perkara itu sebelum bayi berkenaan dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut,’ katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit dan kes masih dalam siasatan.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*