Hazard Yakin Chelsea Boleh Raih Tangga Keempat

Share This:

EDEN Hazard menyeru kepada rakan-rakan supaya terus bersatu untuk memastikan kedudukan terbaik sehingga penghujung musim ini.

Perancang utama Chelsea itu yakin untuk menamatkan saingan liga musim ini dalam kelompok keempat keseluruhan.

Ia sekaligus mematikan tiket kelayakan untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan.

Biarpun tewas dua kali berturut-turut minggu lalu, anak buah Antonio Conte ini bangkit meraiha tiga mata dengan kemenangan 3-0 ke atas West Bromwich Albion Isnin lalu.

Skuad juara musim lalu itu gagal mempertahankan gelaran musim ini dengan penguasaan Manchester City di tangga teratas.

Bagaimana pun,  mereka tetap bersemangat untuk merebut satu-satunya trofi musim ini, Liga Juara-Juara yang kini dalam saingan kelompok 16 pasukan.

“Dua kekalahan sebelum ini memberi pengajaran kepada kami.

“Kami mempunyai pemain yang hebat untuk membantu menamatkan saingan di tangga keempat musim ini.

“Kami mempunyai baki sebelas perlawanan lagi dan akan memberi segalanya untuk mencapai sasaran itu,” jelasnya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*