Dulu Kata Top Dog, Rupanya Ada Top Dog Lain Yang Lebih Kuat

Share This:

Dulu Mahathir Mohamad kata dalam hirarki Pakatan Harapan (PH) beliau adalah top dog iaitu sebagai pemimpin dominan. Mahathir angkuh kata sebagai Pengerusi PH, beliau akan pengerusikan Majlis Presiden. Sekarang ni apa cerita? Masalah agih kerusi pun tidak boleh selesai dan ada masalah.

Kalau tengok pada pengagihan kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, iaitu 165 kerusi selepas Konvensyen PH pada 7 Januari lepas sudah tahu siapa top dog yang sebenar. Dalam pakatan pembangkang, parti DAP lah yang menguasai apa sahaja yang berlaku dalam PH bukannya Mahathir.

Mahathir membuat kenyataan bahawa beliau adalah pemimpin dominan sebab mahu pengaruhi orang Melayu. Orang Melayu asalkan ada orang Melayu yang mengatakan bahawa beliau sebenarnya pemimpin, maka mereka akan terpengaruh dan undi parti Mahathir, iaitu parti bunga.

Kalau dilihat pembahagian kerusi PPBM kononnya diberikan 52 kerusi paling banyak, 51 kerusi oleh PKR, DAP 35 kerusi dan PAN hanya 27 kerusi. Top Dog sebenar Lim Kit Siang dari DAP kaburi mata rakyat dengan hanya mengumumkan kerusi di Semenanjung tanpa mengumumkan pembahagian kerusi di Sabah dan Sarawak. Ada 57 kerusi lagi yang masih bermasalah untuk diagihkan seluruh negara untuk Parlimen.

Di beberapa negeri sekarang ini sudah timbul masalah pembahagian kerusi di peringkat DUN yang memperlihatkan kelemahan Mahathir memimpin blok pembangkang itu.

PH beri janji palsu kononnya akan selesaikan masalah kerusi itu akhir bulan ini sedangkan kerusi yang hendak diagihkan masih banyak.

Janji itu dibuat oleh Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) Muhyiddin Yassin yang juga Presiden PPBM. Beliau turut beri komitmen akan turun ke negeri-negeri untuk bantu jika di peringkat negeri ada masalah pengagihan. Di Kelantan ada 14 kerusi bermasalah.

Negeri yang dikatakan sudah selesai ialah Johor, Perlis dan Kedah manakala negeri lain masih belum selesai. Pada Konvensyen PH di Pulau Pinang, Mahathir yang berucap ada berkata bahawa semua pemimpin parti komponen PH di peringkat negeri kena akur dengan keputusan pucuk pimpinan dalam soal pengagihan kerusi.

Sampai ke hari ini pun masih belum selesai. Semua sebab ada Kit Siang dan DAP yang ketuai pembangkang bukannya Mahathir.

Beliau tidak lebih dari sekadar alat sahaja untuk pembangkang kononnya raih banyak undi dari pengundi Melayu. Dek kerana terpaksa ikut kata DAP tetapi dalam hati ada tidak puas hati membuatkan masalah pengagihan kerusi ini masih berlarutan antara mereka.

Mahathir kata beliau top dog tapi isu dalaman PPBM yang gagal buat mesyuarat cawangan dan bahagian pun tidak boleh selesai. Beliau tidak mahu selesaikan masalah itu tapi sibuk hendak pastikan masalah kerusi selesai.

Mengaku diri sendiri top dog dan dakwa setaraf Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tapi parti sendiri gagal ditadbir dengan baik. Ahli PPBM ada beri lebih 400 aduan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebab pelbagai masalah. Mahathir hendak masuk politik semula tapi hendak dibantu oleh Kit Siang dan DAP.

Sebab itu Mahathir baik sangat dengan Kit Siang sampai skandal anaknya, pasal pembinaan terowong pun Mahathir boleh tutup mulut dan tidak kritik DAP. Oleh sebab itu, Mahathir buat tidak kisah tentang partinya sendiri tapi sibuk jaga hati DAP. Mahathir sebenarnya adalah top dog kepada DAP, anjing paling dominan untuk diperalatkan oleh DAP untuk raih undi.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*