Disangka Amal Sihir, Lelaki ‘Sembelih’ Nenek Tiri

Share This:

Lelaki penghidap masalah mental ‘paranoid schizophrenia’ mengelar leher nenek tirinya kerana menyangka mangsa seorang ‘perempuan sihir’.


Portal Metro melaporkan, Jonathan Griffiths, 23, mengaku bersalah membunuh Janice Griffiths, 59, di kediaman mereka di Taff’s Well berhampiran Cardiff pada 12 Jun 2017.





Mangsa yang juga dikenali sebagai Rose merupakan penjaga Jonathan yang sah dan membesarkannya sejak dia bayi lagi.


Hakim Eleri Rees berkata, ia merupakan sebuah insiden tragis kerana mangsa maut di tangan lelaki yang ‘ditatangnya bagai minyak yang penuh’.


Pendakwa raya Michael Jones QC berkata, sebelum kejadian tukang pasang karpet Dennis Martin Jones yang tiba untuk memasang karpet berasa tidak selesa dengan sikap pelik ditunjukkan Jonathan.


Dennis kemudian cuba membantu selepas terdengar mangsa menjerit meminta bantuan apabila diserang cucunya ketika sedang duduk di atas sofa.


Rose meminta Dennis menghubungi talian kecemasan selepas tertuduh mengelar lehernya dengan pisau sepanjang 18.7 sentimeter.



Foto: Metro



Tertuduh bergelut dengan Dennis yang cuba menariknya daripada mangsa dan meneruskan serangannya dengan memulas leher mangsa seolah-olah cuba mematahkannya.


Mangsa dikejarkan ke Hospital Universiti Wales di Cardiff dengan ambulans udara, namun meninggal dunia keesokannya akibat kecederaan serius pada otak.


Ketika ditahan, Jonathan yang didakwa mengalami halusinasi dan menggumamkan petikan dari Bible memberitahu anggota polis bahawa dia mahu ‘memenggal’ kepala mangsa kerana ‘mengamalkan sihir’.


Jonathan kini ditahan di Hospital Ashworth, Liverpool.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*