BN Parti Yang Berkongsi Kejayaan Bukan Kemiskinan

Share This:

Orang-orang yang boleh berfikir dan sudah hidup pada zaman pentadbiran Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sudah boleh bayangkan betapa susah dan banyak konflik berlaku pada zaman itu. Hidup pun begitu bersusah payah untuk berusaha mencari rezeki ekoran keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Ia amat berbeza dengan zaman Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang. Jika keadaan susah dan ekonomi tidak menentu, kerajaan sudah siapkan kemudahan untuk rakyat dari segi bantuan dan jaminan sama-sama mengatasi masalah yang ada.

Sebab itu, Barisan Nasional (BN) sentiasa berkongsi kejayaan serta kekayaan negaa dengan rakyat bukannya kemiskinan dan penderitaan seperti yang dialami sesetengah negara.

Beliau semalam berkata kejayaan negara menguruskan pentadabiran dan ekonomi negara dengan baik membolehkan kerajaan mengagihkan hasilnya kepada rakyat tanpa mengira kaum bagi meningkatkan lagi taraf hidup mereka.

“Itu bukan bermakna negara tidak mempunyai orang miskin, namun jika tidak mempunyai pendapatan yang semakin meningkat, rakyat akan terpaksa berkongsi kemiskinan… Alhamdulillah pendapatan negara kita semakin meningkat.

“Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku keempat tahun lepas mencecah 5.9 peratus menjadikan kedudukan ekonomi negara antara yang tertinggi di dunia, kalau orang kata Malaysia negara bankrap, perlu diselamatkan atau Save Malaysia, maka itu adalah penipuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Kongsi Kasih bersempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2018 di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di Pekan, Pahang semalam.

Majlis berkenaan turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan Datuk Seri Abu Bakar Harun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri Pahang.

Pada majlis itu, seramai 3,650 penerima terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan Orang Asli menerima sumbangan berupa angpau dan barangan keperluan harian.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata penarafan terhadap ekonomi Malaysia itu diberikan oleh badan antarabangsa seperti Bank Dunia, Bloomberg dan Tabung Kewangan Antarabangsa Fund (IMF).

Ini sekali gus, katanya membuktikan tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang itu hanyalah bertujuan untuk memburuk-burukan dan menjatuhkan kerajaan semata-mata.

Menurutnya keadaan ekonomi yang kukuh juga membolehkan kerajaan turut membantu rakyat negara lain memerlukan dan hasil pertolongan itu hubungan diplomatik Malaysia dengan negara berkenaan juga bertambah kukuh.

Selain itu, Najib berkata hasil nilai ‘perkongsian’ yang diamalkan oleh kerajaan selama ini baik dari segi kuasa politik mahupun ekonomi membolehkan rakyat pelbagai kaum di negara ini hidup bersatu padu dan harmoni.

“Kita tidak bolot kuasa atas nama satu-satu kaum sahaja dan kita ambil iktibar serta hakikat bahawa untuk negara berbilang agama dan kaum berjaya, kita mestilah sanggup menjalin hubungan akrab untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu,” katanya.

Najib juga berkata kepelbagaian agama dan budaya menjadi keunikan Malaysia kerana ia membolehkan rakyat berkongsi kemeriahan pelbagai perayaan, sekaligus menjadi pengikat hubungan sesama individu.

“Meriahnya kerana di sini kita sambut hari raya dan bila Tahun Baharu Cina kita juga sambut… begitu juga dengan Deepavali dan Krismas. Bukan hanya menyambut, tapi ada masanya kita juga sama-sama bercuti pada hari perayaan itu,” katanya.

Najib seterusnya secara berseloroh menambah beliau berharap semangat dan ikatan yang erat itu akan berkekalan pada satu lagi ‘raya’ yang akan diadakan tidak lama lagi, merujuk kepada PRU14.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*