Azmin Ali Yang Gagal

Share This:

Pada tahun 2014, sebaik sahaja Datuk Seri Azmin Ali mengangkat sumpah selaku Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang digulingkan menerusi Langkah Kajang, dia ada menyebut bahawa dia akan memastikan Selangor mengecapi kejayaan yang tidak pernah disaksikan dalam sejarahnya.

Malah, dia dengan penuh keyakinan mendakwa, akan menebus semula semua kegagalan yang dilakukan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sepanjang 6 tahun beliau berkuasa di Selangor. Maka, hiruk pikuk lah sokongan yang diterima oleh Datuk Seri Azmin ALi oleh rakyat Selangor terutamanya para penyokong Pakatan Rakyat (Pakatan Harapan hari ini).

Sudah 4 tahun berlalu dan sepanjang 4 tahun inilah, tidak ada satu pun kejayaan yang boleh dibanggakan oleh Azmin dan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor. Apa yang disajikan sepanjang 4 tahun Pakatan Harapan melalui Azmin berkuasa adalah, kegagalan demi kegagalan mereka dalam mengurus tadbir sebuah negeri yang satu ketika dahulu, termaju di Malaysia.

Dari masalah bekalan air yang sehingga kini masih belum diatasi sepenuhnya, masalah sampah sarap yang tidak diuruskan dengan baik, masalah pencemaran sungai, masalah penyelewengan hartanah, pelbagai isu skandal membabitkan kerajaan negeri sehinggalah masalah penyakit seperti denggi masih berleluasa sehingga kini.

Pada 100 hari terawal pentadbiran Azmin, dia menampakkan yang dia seperti seorang Menteri Besar yang bertanggungjawab dalam segala segi. Gambar dia yang turun padang membersihkan longkang, menolong orang kampung membasuh baju dan banyak lagi kekal terhias di media sosial terutamanya dalam enjin carian Google.

Itu sahajalah kelibatnya selain daripada menyantuni peniaga Nasi Lemak Anak Dara di Shah Alam. Selain itu, semua masalah yang membelenggu negeri ini seolah-olah dibiarkan begitu sahaja dan pandai-pandailah rakyat menguruskannya. Adakah ini lambang kepada kejayaan yang boleh dibanggakan Azmin sepanjang 4 tahun pentadbirannya di Selangor?

Itu belum lagi menyentuh tentang skandal DEIG, SPLASH, Paya Indah Wetland, Pembalakan, kos tidak masuk akal Pintu Gerbang Darul Ehsan, konflik dalaman antara dirinya dengan Pengerusi PPBM, DAP dan PAN Selangor, isu skandal seks yang didedahkan oleh Rafizi Ramli, UNISEL dan banyak lagi yang tidak ada satupun dijawab oleh Azmin sepanjang 4 tahun pentadbirannya.

Jika ada pun yang boleh dibanggakan Azmin adalah penyediaan bas percuma Selangorku. Itu sahaja yang ada untuk rakyat. Perumahan mampu milik, bantuan ihsan kepada ibu tunggal, bantuan awal pembelajaran, biasiswa Anak Selangor malah sehingga penggunaan Stadium Shah Alam sekali pun, Azmin nyata gagal.

Justeru, tidak salah kiranya jika kita melabelkan Azmin sebagai seorang Menteri Besar Selangor yang gagal sepenuhnya termasuk menguruskan urus tadbir kerajaan negeri. Ini bukan mainan, ini adalah fakta yang sedang berlaku di Selangor sejak 2008 sehingga hari ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*