Arsenal Disambut ‘Dingin’ Di Sweden

Share This:

ARSENAL disambut ‘dingin’ ketika mereka tiba di Sweden pada Rabu malam.

Pasukan The Gunners itu tiba dengan menaiki jet peribadi di Lapangan Terbang Ostersund yang berada pada suhu di bawah beku.

Pasukan pimpinan Arsene Wenger itu terpaksa bertahan dengan angin sejuk dan suhu -5 Celsius untuk berdepan dalam pusingan 32 leg perlawanan Liga Eropah.

Wenger mengesahkan, Mesut Ozil akan dibenarkan beraksi kali pertama dalam liga tersebut.

“Dia akan bermain esok. Kami mahu lakukan yang terbaik dalam pertandingan ini,” kata Wenger pada sidang media pra-perlawanan.

“Kami tiada perlawanan pada hujung minggu. Jadi, kami ada seminggu tanpa perlawanan. Sangat penting untuk pemain kita berada pada tahap yang baik.

“Bila masuk bertanding, kita mesti cuba bermain untuk menang tanpa mengira liga apa pun.

“Tekanan mungkin tinggi, tapi kita akan cuba sebaik boleh.” – Daily Mail

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*