Video Seks Anjing Namewee Cemari Masjid Putrajaya

Share This:

NAMEWEE muncul lagi dengan video biadap dan kurang ajar. Dan rakyat Malaysia benar-benar faham bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan perkara bidap, kurang ajar, angkuh dan bongkah, kebiasaannya mempunyai hubung kait dengan parti DAP yang anti Melayu dan anti Islam.

Aksi tarian lucah mirip pelakuan seks kumpulan penari yang memakai topeng anjing di hadapan Masjid Putrajaya telah dijadikan sebagai penyeri klip muzik video terbaru Wee Meng Chee, penyanyi kontroversi yang pernah dikatakan menghina seruan Azan suatu ketika dulu. Beliau lebih dikenali sebagai Namewee.

Rakaman video lagu bahasa Cina “Like A Dog” di lokasi berdepan dengan rumah ibadat suci umat Islam itu dimulakan dengan dua “anjing” seolah-olah sedang melakukan hubungan seks, dan diakhiri dengan sekumpulan “anjing” melakukan aksi seks berkumpulan sebelum “melarikan diri” apabila terdengar bunyi siren, konon sedang dikejar oleh pihak polis.

Dalam lagu itu juga, Namewee berulang kali menyanyikan rangkap lirik yang terjemahannya berbunyi,

“Semoga seluruh dunia sama seperti si anjing. Begitu comel dan sentiasa sihat. Semoga seluruh dunia sama seperti si anjing. Dapat tuan yang betul dan boleh hidup senang.”

Tidak lama dahulu, Namewee juga pernah menimbulkan kemarahan di kalangan umat Islam Malaysia apabila menghasilkan sebuah klip muzik video ‘Oh My God’ yang disifatkan masyarakat umum sebagai menghina pelbagai agama, termasuk Islam yang menyaksikan pelaku terkinja-kinja dalam masjid.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke 14, kita akan dihidangkan dengan lebih banyak video yang berunsur penghinaan terhadap orang Melayu dan agama Islam. Adakah pihak berkuasa akan terus mendiamkan diri? DAP nampaknya semakin “besar kepala”.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*