“Tak Perlu Sampai Bunuh…Cukuplah Tembak Alat Sulit Wanita”-Duterte

Share This:

Sejak mengambil alih kepimpinan Filipina pada Jun 2016, nama Presiden Rodrigo Duterte sering mencetuskan kontroversi sebelum ini dengan pelbagai kenyataan tidak diplomatik yang dikeluarkan , kini kontroversi melanda pemimpin itu lagi apabila mengarahkan tenteranya agar menembak anggota pemberontak wanita di bahagian kemaluan.

Menurut sumber, pemimpin berusia 72 tahu itu mengeluarkan kenyataan tersebut ketika berucap di hadapan bekas anggota komunis Rabu lalu.

“Tak perlu (tembak) sampai bunuh…cukuplah alat sulit mereka ditembak. Kalau sudah ditembak, mereka (pemberontak wanita) sudah tidak berguna lagi,” katanya.

Susulan kenyataan tersebut, Duterte yang ‘sama gila’ dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menerima kecaman hebat masyarakat dan dilabel sebagai pemimpin yang prejudis terhadap golongan hawa.

“Kenyataan yang jijik,” ujar Emmi de Jesus, anggota Kongres Parti Wanita Gabriela.

Duterte yang memenangi pilihan raya presiden pada 2016 dikatakan sering menggunakan bahasa kasar ketika berucap di khalayak ramai.

Duterte membuat jenaka pada Jun tahun lalu, bahawa tentera boleh merogol sehingga tiga wanita, di mana beliau akan bertanggungjawab di bawah undang-undang tentera yang baharu dilaksanakan.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*