Saya Tidur Dengan Lelaki, Punggung Saya Sekarang sakit – Gay

Share This:

Firman Allah s.w.t:

“Ketika seksaan dari Kami (Allah) itu datang, maka Kami jadikan dari negeri kaum Luth itu yang atas dibalikkan ke bawah dan kami turunkan hujan seksa ke atas mereka, yang berupa batu, tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, sebagai yang diberi tanda oleh tuhanmu, dan negeri itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim”( Surah Hud : 82-83)

RAKYAT Malaysia tahu bahawa pakatan harapan diketuai DAP mendokong “perjuangan” seks bebas Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender melalui siri perhimpunan haram Bersih. Perkara ini menjadi tanda tanya, apa tujuan sebenar pakatan harapan? Kenapa mereka bersungguh-sungguh mahu merosakkan anak muda.

Kini seorang lagi individu yang terlibat dalam Seksualiti Merdeka tampil dengan modul terbaru untuk merosakkan rakyat Malaysia terutama yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Dengan bertopengkan Projek Ilmu Seks (PIS) mereka mengorak langkah yang penuh dengan muslihat.

Projek Ilmu Seks (PIS)  sebuah program mengenai pendidikan seksual yang membincangkan tentang langkah-langkah melakukan hubungan seks yang selamat, termasuk persetujuan melakukan seks ‘suka sama suka’, mencegah kehamilan dan penyakit kelamin secara terbuka melalui video di YouTube.

Pengasasnya, Shayne Wyat (nama samaran), seorang graduan dalam bidang perubatan, mengakui pernah melakukan hubungan seks songsang (gay) yang berakhir dengan penyakit kelamin (STD) yang mana telah mendorong dirinya untuk mendidik masyarakat mengenai seks.

Shayne pernah menjalani prosedur ‘colonoscopy’ iaitu pemeriksaan dimana kamera dimasukkan ke dalam rongga dubur. Akan tetapi, dia telah didiagnosis secara salah dan diberitahu penderitaan sakit yang dialami itu disebabkan oleh pendarahan.

“Pada masa yang sama, saya gugup … bukan hanya kerana saya aktif berseksual, tetapi saya juga mempunyai hubungan seks gay.”

“Bagaimanakah saya mahu memberitahu doktor, ‘Saya tidur dengan seorang lelaki dan punggung saya sekarang sakit’?” katanya.

Selain Shayne, projek Ilmu Seks ini turut dikendalikan oleh seorang editor majalah Herinza, 23, aktivis Mussy Del Cun*, 22, rakan yang dikenalinya semasa program anjuran Komuniti Muslim Universal (KMU) dan Mischa Selamat, seorang aktivis transgender yang terlibat dengan Seksualiti Merdeka dan Yayasan PT sejak tahun 2011.

Mereka sengaja memilih untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam video penerangan seks kononnya untuk mendapatkan target penonton yang lebih besar kerana banyak jurucakap orang Melayu yang jahil tentang seks, percaya benda karut dan menggunakan hujah-hujah agama yang tidak saintifik.

“Polisi kami adalah kami tidak mahu meletakkan langsung unsur agama dalam video kami, kami hanya mengambil aspek sains dan kesihatan,” kata Shayne sambil meluahkan bahawa akan ada pihak yang berkomentar mereka menyokong perbuatan yang dilarang agama.

Hakikatnya mereka ini memang mensasarkan orang Melayu untuk dirosakkan.

Shayne juga berkata akan meluaskan lagi saluran ilmu seks ini untuk memberi ruang membina satu komuniti yang boleh bersembang tentang seks secara aman, bertolak ansur dengan terbuka.

Dalam pada itu, kumpulan ini juga merancang untuk menerokai lebih banyak topik-topik yang feminin pada musim kedua dan menggalakkan lebih ramai wanita untuk lebih terbuka mengenai seksualiti mereka.

Difahamkan, Projek Ilmu Seks ini turut disokong oleh lima badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada Persatuan Advokasi Hak-Hak Reproduktif Malaysia, Yayasan PT, Majlis AIDS Malaysia, All Women’s Action Society dan Persekutuan Persatuan Kesihatan Reproduktif.

Di dalam Kitab Al-quran menceritakan kisah Nabi Luth yang menasihati kepada kaumnya seperti mana dalam Surah As-Syuara;

“Kaum Luth telah mendustakan para Rasul”, “Ketika saudara mereka Luth berkata kepada mereka,”Mengapa kamu tidak bertakwa?”. “Sungguh, aku ini seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,”. “Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepada ku”.”Dan aku tidak meminta upah kepadamu atas ajakan itu, upahku hanyalah dari Tuhan seluruh alam”.”Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki (Homoseks) di antara manusia”. “dan kamu tinggalkan (perempuan) yang diciptakan Tuhan untuk dijadikan sebagai isteri kamu? Kamu memang orang-orang yang melampaui batas’. ” Mereka menjawab, ” Wahai Luth! Jika engkau tidak berhenti, engkau termasuk orang-orang yang terusir”. ” Dia (Luth) berkata, ” Aku sungguh benci kepada perbuatan mu”(Surah As-Syuara’:160-168).

Kaum Luth telah mengancam Nabi Luth dan membencinya kerana mengajak kaumnya beriman. Ayat seterusnya dalam kitab Al-quran dikisahkan dalam Surah Al-Araf:

“Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah ) tatkala dia berkata kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?”. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Usirlah mereka (Luth dan para pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri .” (Surah Al A’raaf: 80-82)

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*