“Saya Redha…Saya Nak Meraung Pun Perkara Dah Berlaku”-Bapa Nur Afini

Share This:

Keluarga redha pemergian Nur Afini yang maut selepas kepalanya terkena bilah pisau traktor mesin rumput yang terpelanting ketika pemandu traktor sedang memesin rumput di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas semalam.

“Bagi sesiapa yang mendapat berita kematian anak saya, saya harap sedekahkan al-fatihah buat arwah anak saya,” luah bapa mangsa insiden bilah mesin potong rumput, Roslan Samat, 55, ketika ditemui di Tanah Perkuburan Felda Sungai Kelamah, di sini, malam tadi.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa pelajar , Nur Afini Roslan, 14, disahkan maut oleh pasukan paramedik susulan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurut Roslan, dia sekeluarga reda dengan tragedi berkenaan walaupun dia berasa berat hati dan sayangkan anaknya.

“Saya redha… saya nak meraung pun perkara dah berlaku… saya serahkan semuanya pada pihak berkuasa yang akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Roslan berkata, selepas bersara dia terlebih dahulu berpindah ke Felda Sungai Kelamah bersama dua anaknya termasuk arwah.

Menurutnya, arwah anaknya merupakan atlet memanah negeri Pahang sejak dari darjah empat hingga ke tingkatan satu.

“Baru minggu lepas saya minta anak saya daftarkan diri sebagai atlet memanah Negeri Sembilan tapi sekarang ni dia sedang aktif menjalani latihan sukan sekolah.

Jenazah selamat tiba di Felda Sungai Kelamah kira-kira jam 8.35 malam dan disembahyangkan di rumah keluarga.

Turut hadir di majlis pengebumian Adun Gemas, Datuk Abd Razak Ab Said dan datuk saudara mangsa raja pecut negara dan Asia, Datuk Rabuan Pit.

Majlis pengebumian arwah selesai kira-kira jam 10.15 malam.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*