PJ Rangers Ketuai Kemaraan Lapan Pasukan Pusingan Kedua Piala FA

Share This:

KUALA LUMPUR: Kelab Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), PJ Rangers mengetuai kemaraan lapan pasukan ke pusingan kedua kejohanan bola sepak Piala FA 2018.

Pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam Selasa, PJ Rangers menang bergaya 6-1 ke atas kelab liga amatur, MD Jempol FC dari Negeri Sembilan.

Enam gol pasukan tuan rumah dijaringkan Ahmad Azriddin Rosli pada minit ke-12, Nur Shamie Iszuan Amin (minit ke-17 dan ke-49), Muhammad Arif Mohamed Anuar (minit ke-59) dan pemain gantian, Raslam Khan Abd Rashid pada minit ke-80 dan ke-86.

Gol tunggal pasukan pelawat dijaringkan Mohd Hafiza Abd Rahman pada minit ke-22.

Satu lagi kelab Liga FAM, Kelab Bola Sepak Kementerian Kewangan (MOF FC) turut meraih kemenangan selesa 6-0 ke atas CNA FC pada aksi di Stadium Inspens, Bangi.

Mohamad Fakhrullah Rosli muncul wira pasukan apabila meledak lima gol, masing-masing pada minit ke-26, ke-41, penghujung babak pertama perlawanan, minit ke-79 dan ke-89 selain jaringan pemain gantian, Muhammad Farid Azmi pada minit ke-78.

Turut melangkah ke pusingan kedua Piala FA adalah juara Liga Bola Sepak Rakyat, Kuching FA dari Sarawak yang menewaskan wakil Terengganu, Real Chukai FC, 2-0 di Stadium Negeri Sarawak, Petra Jaya, Kuching.

Dua gol pasukan tuan rumah dijaringkan Ahmad Shakri Tuah pada minit ke-32 dan pemain gantian, Mohd Shafitri Salim pada minit ke-89. – Bernama

Pusingan Kedua:

Melaka lwn Southern FC

Kelantan lwn Terengganu City FC

Kuantan FA lwn Axis O2 FC

Terengganu FC lwn PJ Rangers

Kuala Lumpur lwn Kuching FA

PKNP FC lwn Shahzan Muda FC

Selangor lwn MOF FC

PKNS FC lwn Hanelang FC

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*