Pemain Badminton Disiasat Terbabit Rasuah Atur Perlawanan

Share This:

Gempar seketika arena badminton negara ketika ini apabila dikejutkan dengan dakwaan seorang pemain profesional negara sedang disiasat oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana disyaki terbabit dengan skandal mengatur perlawanan.

Khabarnya, BWF sudah menggantung pemain itu bulan lalu dari menyertai beberapa perlawanan sehinggalah siasatan selesai.


Pergerakan pemain berusia lingkungan 20-an itu sudah dipantau BWF sedang Februari 2017 dan mereka membuat keputusan mengantung seketika pemain tersebut awal tahun ini selepas kegiatan itu dikatakan semakin ketara.


BWF dikatakan mempunyai bukti yang mencukupi untuk membuat dakwaan selepas pemeriksaan pada telefon bimbit pemain itu.

Foto: Carian internet

BWF memdapati kandungan mesej dalam aplikasi Whatsapp menjurus ke arah kegiatan atur perlawanan selain gaya hidup mewah pemain terbabit yang menimbulkan persoalan.


Sesi sebut kes akan diadakan BWF di Singapura hujung bulan ini yang membolehkan pemain itu membela diri.


Ini adalah kes pertama membabitkan pemain Malaysia atas dakwaan terlibat skandal mengatur perlawanan dan jika didapati bersalah boleh dikenakan pengantungan dari terlibat dalam sukan badminton seumur hidup.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*