Mejar Zaidi Biadap Hina Orang Meninggal Dunia

Share This:

KEBIADAPAN Melayu DAP semakin melampau. Mereka seolah-olah hilang kewarasan moral dan agama dalam berpolitik semata-mata mahu memuaskan hati “Tuan Besar”. Tindakan Mejar Zaidi Ahmad pegawai maklumat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menghina Allahyarham Datuk Seri Abdul Manan Ismail tidak boleh diterima rakyat Malaysia.

Allahyarham seorang pemimpin yang banyak memberi sumbangan bukan sahaja kepada parti tetapi kepada rakyat sebagai anggota Parlimen Paya Besar. Beliau juga merupakan bekas Setiausaha Sulit Najib dari tahun 1986 hingga 2004, meninggal dunia kira-kira jam 6.45 petang Isnin, selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Taman Melawati.

Mejar Zaidi bukan sekadar menghina Allahyarham malah beliau memutarbelitkan ayat Al Quran semata-mata untuk menghalalkan dosa yang beliau lakukan.

Mengapa Mejar Zaidi tidak mengulas Hadis sahih mengenai menghina jenazah? Mengapa beliau perlu mengunakan ayat Al Quran bagi menguatkan fitnah yang pembangkang diketuai DAP lakukan?

1572. وَعَن عَائِشَة رَضِيَ اللهُ عَنهَا قََالَت : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ : لَا تَسُبُّوا الأََموَاتِ فَإِنَّهُم قَد أَفضَوا إِلَى مَا قَدَّموا”. رواه البخاري.

1572 – Dari Aisyah Radiyallahu Anha ia berkata : Rasulullah saw bersabda, “Janganlah kalian mencaci maki mayat, karena mereka telah menemukan apa yang mereka telah lakukan”. (HR.Bukhari).

Ini bukan pertama kali Mejar Zaidi menjadi “anjing suruhan” DAP menghina orang Melayu dan agama Islam.

Beliau pernah ditampar semasa demonstrasi di luar masjid kerana bersikap kurang ajar mempertahankan DAP yang masuk campur dalam urusan fatwa umat Islam. Kejadian itu berlaku di luar masjid Simpang Enam berhampiran Komtar selepas solat Jumaat.

Mejar Zaidi telah dibuang dari tentera kerana melanggar arahan Majlis Angkatan Tentera Malaysia dengan membuat laporan polis pada 1 Mei 2013 mengenai ketidak-kekalan dakwat kekal dalam pengundian awal semasa PRU-13. Beliau membuat kenyataan media tanpa kebenaran pihak atasan tentera dan menghantar dua SMS lanjutan berbau politik.

Sikap kurang ajar dan biadap seolah-olah cukup sinonim dengan Mejar Zaidi. Ciri-ciri ini juga amat serasi dengan parti DAP. Perkara ini menjadikan beliau sesuai berada dalam parti yang anti Melayu dan anti Islam tersebut.

Persoalannya sekarang, rakyat Malaysia merasa amat marah dengan tindakan kurang ajar dan biadap Mejar Zaidi menghina Allahyarham Abdul Manan yang telah memberi khidmat dengan penuh dedikasi dan menjalankan tugasnya dengan begitu baik sepanjang perkhidmatannya.

Tindakan Mejar Zaidi ini perlu diambil tindakan. DAP dilihat mempergunakan orang Melayu dalam parti tersebut untuk menghina dan merosakkan agama Islam. Bak kata “superman DAP”,  kita biarkan Melayu “screw” Melayu”.

Kita telah tahu niat jahat DAP. Kita telah tahu modus operandi mereka. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita memastikan agenda jahat DAP ini dikekang habis-habisan. Mari kita berjihad demi agama, bangsa dan negara pada Pilihan Raya Umum ke 14 ini.ohizah Ahmad, dan enam anak.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*