LHDNM LANCAR KEMPEN “Creating Awareness Sharing Nation’s Prosperity”

Share This:

Cukai adalah satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah negara memperoleh hasil atau pendapatan.

Hasil daripada cukai itu digunakan oleh kerajaan untuk mentadbir dan mengurus sesebuah negara termasuklah perbelanjaan pembangunan.

Bagi tujuan tujuan itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengadakan kempen “Creating Awareness Sharing Nation’s Prosperity” dalam menyemai kesedaran rakyat akan kepentingan cukai.

Antara aktiviti yang dijalankan seperti kaunter perkhidmatan Hasil4U, cenderamata kepada pengunjung yang hadir selain beramah mesra dengan artis jemputan yang hadir di majlis ini.

Kempen selama dua hari ini yang dijalankan bermula 13 Februari sehingga 14 Februari 2018 di dua tempat berasingan masing-masing iaitu di R&R Serembah Arah Selatan dan R&R Tapah Arah Utara.

Ternyata program ini berjaya mendekatkan LHDNM dengan orang ramai. Disamping itu juga orang ramai yang singgah di majlis ini boleh mendapatkan khidmat nasihat tentang percukaian.

Tambahan lagi, kempen seperti ini memberikan gambaran yang jelas bahawa LHDNM bukan semata-mata sebagai agen pemungut cukai daripada pembayar cukai untuk pendapatan kerajaan tetapi juga sebagai medium kominikasi memberi maklumat yang jelas kepada umum tentang peranan LHDNM dan pembayar cukai.

Manfaat kempen seperti ini memberikan satu impak yang lebih santai antara pembayar cukai dan LHDNM dalam merealisasikan matlamat mendidik pembayar cukai yang patuh dan kesedaran betapa pentingnya cukai untuk kesejahteraan negara.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*