“Kalau Terdesak Sangat Cari Jodoh, Bukan Dengan Isteri Orang”-Luah Adik

Share This:

 

Mencari jodoh bukanlah mudah, sudah pasti kita akan banyak mengingat orang yang kita cintai. Banyak menyebut namanya. Banyak merindukan ingin jumpa dengannya walaupun sudah pun bernikah dengan lelaki lain.

Namun,apakah hukumnya jatuh cinta pada lelaki lain ketika sudah menjadi isteri seseorang? Sebuah kisah yang dikongsikan di sebuah laman sosial ini mungkin memberi pengajaran pada isteri di luar sana.

Rasa cinta pada orang lain bukan berarti kita kehilangan kewajiban untuk mengurus keluarga dan anak. Inilah yang banyak terjadi pada para isteri yang jatuh cinta pada lelaki lain setelah menikah, ia lebih banyak menghabiskan waktu untuk kepuasan dirinya sendiri.

Maaf Cuma nk Luah perasaan. Tak tahu nak start cerita dr mana. Bukan masalah rumahtangga Saya Tapi masalah abg sy dgn scandal dia! Macam ni, Abg Saya dia main cinta dgn ex-gf dia iaitu isteri org.

Dia tipu Mama Saya cakap perempuan tu dah nak bercerai dgn suami dia, Tapi Saya tgk elok je dorang kt fb perempuan tu n fb suami perempuan tu.

Masalahnya yg Saya marah Sbb dia main cinta dgn isteri org! Kerja Gila ni namanya! Yg perempuan tu pun babi betul perangai , boleh dgn x malu ngaku dgn Saya yg dia mmg scandal dgn abg Saya? Dia ni Tampal kulit muka dgn kulit Babi ke?

Dia Ada anak tau! Tak fikir anak ke? Saya bertegang jugak dgn Mama Saya, saya cakap Kenapa Mama Tak marah? Dulu ank org lain buat kemain lg cakap, skrg anak sndri buat perangai Kenapa krik krik! Alasannya Sbb abg Saya kata perempuan tu dah nak cerai.

EH HELLO! Dah nak cerai Tapi belum cerai kan? Selagi belum cerai Kau tak layak nak curang dgn jantan lain! Mama Aku x bole fikir ke, kalau Nanti suami Aku pulak buat Aku mcm ni, apa dia rasa? Sedih kan? Aku tgk suami perempuan ni Aku yg kesian Sbb bini dia tipu dia hidup2!

Berjalan Sakan dgn abg Aku siap bwk anak Kau, Tak malu ke jd Mak mcm tu? Dah berapa org terserempak dgn dorang ni kt luar , Aku mmg berdoa Supaya kantoi Cepat dgn suami dia, biar abg Aku kene balun sekali.

Dia ni x tahu takut agaknya . Aku Bukan jenis suka tutup salah family, itu Bukan aku, kalau salah Aku tegur, kalau betul Aku sokong .

Ni smlm Aku tgk fb dia elok je dia keluar dgn suami n anak? Perempuan ni Tak takut dosa ke? Berani betul main Gila blkg suami.

Yg abg Aku ni pun satu Hal, kalau terdesak sgt cari jodoh, bukan dgn isteri org la gila, ramai lg anakdara n janda kat luar tu.

Dulu exgf ni Kau buang, skrg Kau nak kutip balik pulak sampah ni. Aku mmg benci Gila dgn perempuan ni sejak dia ngaku dia scandal dgn abg aku.

Pasal Mama Aku tu, baru2 ni Aku Ada cakap lg dgn dia, dgn Mama dia bole tipu , dgn Aku dia dua ekor x boleh tipu, Aku lg advance dr korang.

Tapi betullah org ckp selalu, sesetengah org tua ni selalu kalau kene kat anak sendiri dia jd lain, mcm apa Aku tgk kat Mama aku ni. Tapi alasan dorang cakap perempuan tu da nak cerai mmg Aku x bole terima.

Kalau perempuan tu laki, da lama jatuh talak Aku rasa. Utk Kau perempuan, suami Kau Jahat mcm firaun sekalipun kau Tak layak nak curang blkg dia, Kau ingt Kau curang blkg suami Kau, Kau dpt yg lebih baik? Kau silap . kau akan dpt lg teruk dr suami Kau sblm ni!

Aku pun x rasa abg Aku bole Jaga Kau dgn baik n anak Kau. Kau nak sgt kan hidup dgn dia. Aku adik dia Aku kenal Siapa dia. Kalau kau terasa post ni sila pergi bertaubat, kalau degil jgk nk kejar cinta kau sgt tu, sila pergi mampus!

Kesian anak Kau dpt Mak x guna mcm ni. Kalau korang kat tmpt Aku korang buat apa? Aku Bukan kepoh , Tapi bg Aku kes ni mmg Berat.

Spesis perempuan mcm ni, mmg x la Aku nk Terima masuk keluarga Aku, jijik! Habis nnti kalau jd kawen dgn abg Aku, lpstu gaduh pulak dgn abg Aku, lepastu nak Cari exsuami balik ke mcm apa dia buat skrg ni? Hais! Perangai aneh2 sstgh bini zaman skrg ek.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*