Jakim ‘Dihalang’ Sahkan Identiti Sajat. Apa Cerita ?

Share This:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendakwa telah ‘dihalang’ untuk meneruskan prosedur memberi keputusan identiti jantina sebenar pengasas kosmetik Nur Sajat.

 
Memetik laporan mStar Online, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof mendedahkan prosedur itu ‘dihalang’ oleh orang ketiga di pihak Sajat.
 
“Ada gangguan daripada pihak ketiga buat masa sekarang ini,” katanya. 
 
“Apa-apa kami akan maklumkan kemudian, tapi pada masa ini ada terhalang,” ujarnya lagi. 
 
Pun begitu, Mohd Izwan yang juga pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) Jakim berkata, pihaknya tetap komited meneruskan proses untuk mendapatkan pengesahan identiti sebenar usahawan itu.
 
“Kita akan cuba selagi upaya untuk memujuk Sajat meneruskan proses-proses itu. Kita berharap agar dapat diteruskan apa yang telah dipersetujui dalam pertemuan dulu,” katanya lagi. 

 

Dalam pada itu, beliau menafikan seorang pegawai wanita dari Jakim telah mengesahkan jantina sebenar Sajat, sebagaimana yang didakwa oleh seorang penulis blog. 
 

“Ia hanya sebahagian perbualan daripada pegawai wanita di Jakim. Tentang pengesahan jantina hanya boleh dibuat oleh doktor pakar yang bertauliah sahaja,” jelas Mohd Izwan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*