Inilah Sebabnya Kenapa Perlu Akta Anti Berita Palsu Dikuat Kuasakan

Share This:

Memang cukup menghairankan apabila di pihak Pakatan Harapan, mereka cukup menolak usaha kerajaan untuk memperkenalkan Akta Anti Berita Palsu yang dijangka mampu untuk memberikan sumber maklumat yang sahih kepada rakyat. Pelbagai alasan mereka berikan yang mana rata-ratanya di lihat langsung tidak logik dan mengarut.

Sepatutnya, akta seumpama ini mendapat sokongan semua pihak terutamanya pihak pembangkang. Manakan tidak, rakyat sering kali terpedaya dengan pelbagai berita dan dakyah palsu yang disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang bertujuan untuk mengelirukan rakyat. Namun, pembangkang di Malaysia ini memang cukup pelik. Perkara yang baik pun mereka bangkang.

Lihat sahaja bagaimana berita-berita palsu yang mengarut, pantas tersebar apabila bangunan KWSP di Petaling Jaya terbakar semalam. Dalam dakyah awal yang disebarkan pembangkang, kebakaran berkenaan kononnya sengaja di buat bagi menghapuskan bukti pelbagai skandal KWSP.

Kemudian, mereka menyebarkan cerita kononnya kerajaan sengaja membakar bangunan berkenaan bagi melenggahkan masa membayar dividen sebanyak 6.9 peratus kepada pencarum. Itu hanya dua contoh mengarut bagaimana mereka menyebarkan dakyah kosong dan mengarut seumpama ini. Itu belum lagi mengambil kira pelbagai lagi dakyah yang rasanya langsung tidak masuk akal dan mengarut.

Mari kita mengimbau sejenak antara perkara buruk yang berlaku hasil daripada berita palsu yang akhirnya menjadi bencana kepada sesebuah negara. Iraq sebagai contohnya, hancur lebur disebabkan kesalahan penyampaian maklumat yang kononnya negara berkenaan menyimpan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) yang akhirnya mengundang serangan besar-besaran Amerika keatas bumi berkenaan.

Selama bertahun-tahun rakyat Iraq menderita atas perang yang mereka sendiri tidak pasti puncanya, akhirnya, Amerika mengakui, mereka tersilap dalam menerima maklumat. Adakah berbaloi apa yang dirasai oleh penduduk Iraq hasil daripada kesilapan maklumat dan penyebaran maklumat palsu? Adakah kita mahu menjadi seperti Iraq? Sudah tentu tidak.

Justeru, rasanya, tidak salah sekiranya akta berkenaan diperkenalkan dan di aplikasikan keatas negara. Setidak-tidaknya, akta ini mampu mendidik rakyat negara ini supaya tidak mudah mereka atau menyampaikan maklumat yang salah kepada pihak lain.

Ianya bukanlah bertujuan untuk menyekat hak kebebasan bersuara ataupun penyampaian maklumat. Malklumat yang disampaikan haruslah berasas dan dari sumber yang sahih, bukannya direka cerita sehingga boleh menimbulkan keraguan dan pelbagai masalah lagi. Apa yang berlaku terhadap insiden di bangunan KWSP ini wajar dijadikan contoh kenapa akta ini amat diperlukan pada ketika ini.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*