Idea MB Razif Buahkan Hasil

Share This:

Idea YAB Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman untuk memasarkan produk asli Terengganu Nasi Dagang dan Keropok Lekor ke pasaran halal antarabangsa kini menjadi realiti dengan jenama T-Kitchen.

Dua produk tersebut kini telah pun berada di sebuah pasaraya Halal (Green Halal) pertama yang terbesar Birmingham, United Kingdom.

Melalui usaha berterusan Syarikat T-Kitchen yang telah mula menampakkkan hasil dengan kemasukan produk nasi dagang dan keropok lekor ke dalam pasaran di United Kingdom kini.

Ianya juga didorong dengan hasil promosi yang agresif dijalankan oleh syarikat T-Kitchen yang selama ini berusaha keras untuk menjayakan produk Terengganu boleh dijual dipasaran laur negara.

Ini satu lagi cerita kejayaan bersama yang berlaku diera pentadbiran menteri besar Ahmad Razif diawal 2018 ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc.) Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak, T-Kitchen akan terus berusaha dan memperhebatkan promosi dua produk asli Terengganu tersebut di luar negara.

Katanya, jualan nasi dagang dan keropok lekor sejuk beku yang pertama dijual sebanyak 400 pek dalam masa 4 hari yang mana ditempatkan di pasaraya tersebut dan ia menunjukkan produk tersebut diterima baik oleh masyarakat di sana.

“Kita menjangkakan penghantaran seterusnya dalam masa yang terdekat ini, insya allah.. penghantaran kali ini akan digandakan dari yang pertama,”katanya kepada Terengganu News petang ini.

 

 

-terengganunews

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*