Harga KR1M2.0 Mahal : Guna Nama Ustaz Tapi Akal Cetek

Share This:

Nampaknya seorang ustaz yang lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang masuk dan melawat Makan Rasulullah SAW buat hal lagi dengan kritik kerajaan tidak guna akal. Sebagai seorang netizen yang meletakkan gelaran ustaz di nama akaun Facebooknya, beliau sendiri tidak boleh guna akal yang Allah anugerahkan.

Di Facebooknya, 8 Februari lepas, Ustaz Abu Syafiq Al-Asya’ary menuduh Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 jual harga lebih mahal dari kedai lain.

Bagaimanapun, beliau hanya membezakan harga satu produk iaitu Milo tanpa membuat perbezaan harga-harga produk lain. Kita lihat apa yang dia kata :-

“Lepas asar hari ini tadi pergi beli Milo di KR1M2.0 yang baru dirasmikan oleh kekasih saya DS Najib demi menyokong usaha baik kerajaan yang menyatakan bahawa harga barangan KR1M adalah lebih murah dari seluruh kedai lain.

“Namun sedikit menghampakan saya bila terjumpa 10 minit lepas beli tu di kedai lain pula Milo yang sama lebih murah dari KR1M.

“Takpelah, saya tak marah pun DS Najib, saya sayang semua orang Islam dalam BN dan semua yang ziarah Maqam Rasulullah,”

Itu kata-kata ustaz ini.

Pihak Kementerian Perdagangdan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjawab segera tuduhan Ustaz Abu Syafiq dengan menyatakan bahawa harga di rak kedai tidak mampu dikawal untuk menjadi yang terendah sepanjang masa kerana pesaing akan sentiasa berlawan harga dari semasa ke semasa.

Selain itu menurut KPDNKK dalam satu kenyataan, musim juga menentukan harga. Sebagai contoh, musim perayaan secara umumnya produk-produk popular tertentu adalah lebih murah kerana, kadar jualan meningkat dan pengeluar mengejar untuk mengikuti kadar berkenaan.

Strategi peniaga juga diambil kira yang menjadikan produk tertentu sebagai harga paling murah bagi musim berkenaan.

“Strategi subsidi ke atas harga barangan juga dilakukan oleh peniaga/hypermarket bg produk tertentu sbg loss leader di outlet mrk.

“Contohnya, Mydin baru-baru ini menyatakan mereka sanggup lawan harga produk tertentu di KR1M 2.0 utk elakkan pelanggan lari walaupun mereka terpaksa subsidi.

“Tapi mungkin empat atau lima produk sahaja.

Giant juga setiap hari dilaporkan subsidi produk tertentu iaitu ayam untuk pastikan pasaraya mereka sentiasa kompetitif harga ayamnya (mereka juga tak berani jamin bahawa harga ayam mereka ialah paling murah).

“Secara umumnya, jika peniaga menurunkan harga bg produk-produk tertentu di premis mereka, ia ialah sesuatu yg baik kepada rakyat dan pengguna kerana kesan tak langsung KR1M 2.0 ialah produk-produk tertentu boleh turun harga,” kata KPDNKK.

Kalau manusia awal-awal bercakap sudah berniat menyindir, akhirnya biasanya mereka akan nampak bodoh selepas dibidas oleh pihak lain yang mengeluarkan hujah mereka pula.

Ustaz Abu Syafiq sebenarnya bukan berniat hendak menyatakan sangat berkenaan perbezaan harga tapi menulis ikut emosi apabila dapat tahu harga Milo di KR1M lebih mahal dari harga di kedai lain. Sejurus itu juga beliau pos di Facebooknya, sebagai orang alim, elok ustaz pergi ke kedai lain dan bandingkan lebih banyak harga dan paparkan perbandingan harga supaya orang ramai dan netizen boleh faham dengan bukti.

Bukan dengan ayat sindiran dan nakal supaya posting boleh jadi sensasi.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*