Gagal Pujuk Bernikah Di Siam, Majikan Cabul Pekerja Sendiri

Share This:

Gara-gara beberapa kali menolak lamaran menjadi isteri kedua, seorang gadis nyaris dirogol oleh majikannya.

Menurut laporan Sinar Harian, suspek memegang buah dada mangsa yang berusia 20-an, sebelum melucutkan baju dan seluar mangsa.

Menurut sumber lagi, lelaki itu cuba merakan gambar mangsa dengan menyuruhnya beraksi dengan pelbagai posisi dalam kedai gambar di Gong Badak, Kuala Nerus.

“Dalam keadaan separuh bogel itu, suspek cuba mengambil kesempatan hendak merakam gambar dengan alasan untuk dijadikan simpanan peribadinya tetapi sempat ditepis mangsa,”kata sumber.

Suspek pada mulanya cuba mengajak mangsa keluar makan, namun mencabulnya di dalam kereta.

Selepas gagal memujuknya untuk bernikah di Thailand, suspek meninggalkannya di luar tandas sebuah pasar raya berhampiran.

Timbalan ketua polis daerah Kuala Terengganu Supt Suffian Sulaiman berkata suspek telah direman selepas mangsa membuat aduan.

Kes disiasat bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*