Azmin Gagal Tangani Isu Perumahan Dan Stadium

Share This:

Sejak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan Menteri Besar daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim keadaan seolah-olah diilihat menjadi lebih buruk.

Azmin yang diharapkan akan membawa lebih banyak perubahan kepada Selangor sebaliknya dilihat semakin gagal menguruskan negeri itu.

Terdapat banyak isu yang menunjukkan Azmin gagal sebagai Menteri Besar apabila beliau dilihat gagal tangani isu perumahan dan juga stadium.

Tambahan lagi, kegagalan itu cuba ditutupi melalui permainan politik licik.Baru-baru ini, kerajaan PKR Selangor pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikatakan membatalkan sembilan projek Rumah Selangorku selepas dua tahun pembinaannya diluluskan.

Beribu-ribu pembeli terpaksa berputih mata dan difahamkan beribu-ribu pembeli juga dikatakan sudah membuat pinjaman bank.

Memetik sumber dalaman berkata, rakyat di negeri ini juga dikatakan berasa tertipu apabila pembinaan projek Rumah Selangorku dibatalkan.

Mewujudkan rumah mampu milik untuk rakyat hanya retorik dan janji-janji kosong.Tidak cukup dengan kegagalan projek perumahan itu, Azmin dilihat cuba mempolitikkan isu penggunaan Stadium Shah Alam (SSA) sebagai gelanggang rasmi Liga Malaysia 2018.

Mempolitikkan sukan bola sepak negeri Selangor adalah Azmin sendiri. Bukan dari kalangan FAS ataupun kelab penyokong-penyokong bola sepak Selangor.

Memetik sumber mengatakan, tuntutan FAS yang mahu menggunakan SSA sebagai tempat latihan dan gelanggang adalah berdasarkan kualitinya yang bertaraf antarabangsa dan ia tidak melibatkan sentimen politik.

Media sebelum ini melaporkan pasukan ‘The Red Giants’ dinafikan untuk beraksi di SSA susulan masalah dalaman antara FAS dengan kerajaan negeri sejak penghujung 2016.

Sejak itu, pasukan bola sepak itu tidak memiliki gelanggang rasmi dan terpaksa menumpang stadium lain.

Bagi pemain Red Giants dan rakyat Selangor, Stadium Shah Alam merupakan ‘stadium keramat’ dan tempat jatuh bangunnya sukan bola sepak di Selangor lebih 20 tahun lalu.

Susulan itu, Badan Bertindak Penyokong Selangor (BBPS) mendesak FAS dan kerajaan negeri mengenepikan isu politik dan mengutamakan industri bola sepak negeri yang selama ini menjadi kebangaan rakyat Selangor.

Namun tuntutan peminat dan penyokong dikatakan dibalas oleh Azmin dengan menjadikan Iraq dan padang pasir sebagai perbandingan,seperti satu penghinaan besar kepada penyokong Selangor dan jelas memperlihatkan betapa Menteri Besar gagal memahami kehendak sebenar peminat bola sepak Selangor.

Justeru, rakyat Selangor diharap dapat membuka mata untuk melihat dan menilai sendiri bahawa pentadbiran negeri itu di bawah Azmin sebenarnya penuh dengan masalah apabila dilihat gagal tangani isu perumahan dan juga stadium.

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*