Amah Lari, Tinggal Bayi Dalam Rumah Berkunci

Share This:

Seorang ibu lega apabila bayinya ditemui dalam keadaan selamat selepas ditinggalkan pembantu rumahnya seorang diri di dalam rumah yang berkunci, Isnin lalu.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di Taman Putra Bukit Baru, Melaka di mana pembantu rumah warga Indonesia itu dipercayai melarikan diri dan meninggalkan bayi lelaki berkenaan seorang diri di dalam rumah.

Merasa tidak sedap hati, ibu bayi terbabit yang berusia 30-an itu pulang untuk melakukan pemeriksaan pada jam 1.30 tengah hari.

“Wanita itu berasa ada yang tidak kena selepas mendapati pintu pagar utama rumah terbuka. Dia mula cemas apabila gagal membuka pintu rumah yang berkunci.

“Bimbang dengan keadaan bayinya, wanita itu menjerit nama pembantu rumahnya namun tidak bersahut. Dia menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan bomba,” kata sumber.

Difahamkan, pembantu rumah itu meninggalkan rumah terbabit dalam keadaan berselerak seperti tergesa-gesa mahu melarikan diri.

Tujuh anggota polis yang tiba di lokasi mendengar tangisan bayi berkenaan, kata Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Dzulkarnain Abd Halim.

“Kami meminta keizinan daripada pemilik rumah sebelum mengumpil pintu di bahagian dapur menggunakan peralatan khas. Selepas 10 minit, kami membuka pintu berkenaan dan mengesan lokasi bayi terbabit.

“Anggota kami berasa amat lega apabila menemui bayi lelaki berkenaan yang sedang merangkak ke arah dapur. Pemeriksaan awal dilakukan mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*