‘Trofi’ Liga Juara-Juara Di Betis Neymar

Share This:

MENJELANG perlawanan peringkat 16 pasukan Liga Juara-Juara, Neymar tampil dengan persediaan tersendiri.

Pemain Paris Saint Germain (PSG) itu menghiasi betisnya dengan lukisan tatu trofi Liga-Juara-Juara.

PSG bakal berdepan dengan Real Madrid Rabu ini di Santiago Bernabeu bagi pusingan pertama kalah mati.

Neymar memuat naik gambar tatu di Instagram miliknya.

Bintang Brazil itu mahu memastikan apa yang diingini tercapai musim ini termasuk membantu kelabnya menjulang trofi tersebut.

Neymar,26, pernah menjulang trofi ini ketika bersama Barcelona pada tahun 2015.

Dia juga turut menambah lukisan tatu berupa beberapa ekor burung di bahagian lehernya yang bermaksud – kebanggan, hormat, berani, maruah dan kepercayaan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*