Sudah Tidak Ada Kubu Kuat Pakatan Harapan Pada #PRU14

Share This:

Jika disandarkan pada cerita pemimpin Pakatan Harapan (PH), nampaknya di seluruh negara sudah tidak ada kubu kuat pembangkang di mana-mana untuk mereka bertanding kerana mereka bakal kalah.

Dua hari lepas, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang khabarnya dihalau oleh 50 orang penduduk di Kampung Bakar Batu di Johor Bahru serta memaksa Program Sembang Santai Warung dibatalkan. Program berkenaan dijadualkan diadakan di sebuah warung pada pukul 9 malam Sabtu lepas, dengan kehadiran wakil pemimpin PH.

Kekecohan berlaku apabila pemilik warung tidak dapat memberikan kebenaran premisnya digunakan untuk menganjurkan program berkenaan.

Seorang lelaki mendakwa dirinya ustaz tampil bersama penduduk kampung menghalang Kit Siang dan kumpulannya dan menghalau Kit Siang.

Turut hadir di tempat kejadian adalah Setiausaha PH dan PPBM Johor, Datuk Osman Sapian, Adun Stulang, Andrew Chen Kah Eng, Adun Pengkalan Rinting, Cheo Yee How dan Ketua PKR Cawangan Johor Bahru, Akmal Nasir.

Kemudian, kritikan dan tekanan yang diterima oleh anak Kit Siang, Lim Guan Eng dari penduduk Pulau Pinang juga menunjukkan rakyat semakin jijik dengan perjuangan PH. Pemimpin pembangkang sendiri pun tahu perkara itu. Mereka sekarang ini sedang cuba berebut kerusi untuk bertanding kerana mahu selamatkan diri dari kekalahan.

Boleh dikatakan hampir semua pemimpin utama pakatan dikatakan akan beralih tempat bertanding bukan di kawasan yang dimenangi pada PRU13 lalu.

Pemimpin PKR, Azmin Ali katanya akan bertanding di Shah Alam dan tidak lagi di Gombak. Azmin takut kalah selepas tidak buat kerja dan terjadi macam-macam masalah di Gombak. Kemudian, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dikatakan akan bertanding di Hulu Langat pula dan bukan lagi di Ampang.

Di Ampang, Zuraida sudah banyak kes khususnya yang melibatkan pegawainya, Adam Rosli yang kini terpalit dengan kes rasuah.

Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail pula akan lari untuk bertanding di Bandar Tun Razak. Kit Siang juga difahamkan akan lari ke Parlimen Ayer Hitam. Dengan kes rasuahnya sedang dibicarakan dan skandal terowong dasar laut, tidak mungkin Guan Eng akan kekal bertanding di Pulau Pinang dalam PRU14 nanti.

Kalau dilihat pada drama DAP dan pemimpin PH ini, sudah tidak ada negeri yang menjadi kubu kuat mereka seperti yang diketahui iaitu di negeri Selangor dan Pulau Pinang tapi dengan mereka sibuk henda cari tempat lain untuk bertanding, mereka nampaknya semua mahu larikan diri.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*