Sofi Jikan Mengaku Tak Bersalah Masukkan Dadah

Share This:

Pelakon Sofi Jikan mengaku tidak bersalah memasukkan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid (THC), minggu lalu.


BH Online melaporkan, Mohamad Shoffi Jikan, 48, kebih mesra disapa Sofi membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurulhuda Zakariya.


“Saya tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan,” katanya ketika prosiding.


Sofi didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid (THC) di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada jam 11.15 malam, 6 Februari lalu.



Foto: Kosmo!



Mangikut laporan, Sofi didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Sofi dibenarkan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan kes akan dibicara semula pada 14 Mac hadapan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*