“Public Figure Pun Post Bukan-Bukan,”-Awal Ashaari Tuju Pada Siapa ?

Share This:

Memang betul apa yang dikatakan Awal Ashaari tentang sesetengah ‘public figure’ yang adakalanya bersikap menjengkelkan di media sosial.

Awal telah memberi teguran kepada mereka yang bergelar ‘public figure’ dengan meluahkannya di laman Twitter akan kebimbangannya dengan generasi masa depan negara.

Tidak pasti status yang dimuat naik itu ditujukan untuk siapa namun dia menentang sikap tidak sensitif oleh sesetengah ‘public figure’ yang suka memuat naik apa sahaja bahan tanpa memikirkan langsung kesannya pada masyarakat.

Foto: IG Awal Ashaari

Jika mereka yang berpengaruh ini berterusan menyebarkan perkara yang kurang baik di media sosial apa pula yang akan terjadi pada anak-anak muda yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka, bukan?

Foto: IG Awal Ashaari

Sepatutnya, ‘public figure’ perlu menunjukkan contoh yang baik dan Awal sendiri memohon agar ada pihak memantau kegiatan yang tidak baik ini supaya tidak tular dan menyalahgunakan ruang media sosial.

Foto: IG Awal Ashaari

Sebelum memuat naik sesuatu bahan itu ada baiknya memastikan kandungannya juga tidak membawa kesan yang negatif pada mana-mana pihak tidak mengiralah gambar, status mahupun ruang komen di media sosial.


Jika mereka yang berpengaruh ini boleh berbuat demikian secara tidak langsung dapat mengelak daripada menerima kecaman atau menimbulkan pergaduhan sesama netizen yang sesetengahnya suka mengambil peluang ini untuk memburukkan orang lain.


Setuju dengan kenyataan Awal! Sepatutnya bila sudah makin popular makin banyaklah berkongsi tentang kebaikan dan menyebarkan perkara positif.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*