Mangsa Wanita Terhuyung-huyang Dekat Bangkai Pesawat Sebelum Rebah

Share This:

Tiga warga Britain terbunuh dalam nahas helikopter di Grand Canyon selain tiga yang lain cedera parah dipercayai dua adik-beradik lelaki adalah antaranya yang terbabit dalam kemalangan tersebut.

Jason Hill, 32, adiknya Stuart, 30, dan teman wanita Stuart, Becky Dobson, 27, maut ketika helikopter yang dinaiki terhempas di kawasan gurun Arizona pada Sabtu.

Kekasih Jason, Jennifer Barham, 39, bersama rakannya Ellie Milward, 29, dan suaminya Jonathan Udall, 32, serta juruterbang Scott Booth, 42, terselamat.

Menurut sumber, kini mereka semua berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Seorang saksi dikatakan telah melihat seorang wanita dalam keadaan terhuyung-huyang dekat bangkai pesawat sebelum rebah dan melaungkan nama Jason.

Enam sekawan ini menempah lawatan ke lembah itu sebagai sebahagian daripada perjalanan untuk meraikan hari jadi Stuart yang ke-30.

Stuart, seorang jurujual Mercedes dan abangnya, peguamcara, telah mengumpul wang selama setahun untuk perjalanan itu, menurut keluarga mereka.

Bapa mereka, David Hill, memberitahu Standard bahawa satu-satunya perkara menyenangkan berhubung nahas ini adalah dua beradik dari Worthing, West Sussex, yang sangat rapat itu meninggal dunia bersama.

“Mereka saling mengasihi dan sangat rapat dan mereka pergi bersama-sama.”
Tidak dapat menahan air mata, dia menambah: “Ramai yang sayangkan mereka.

“Mereka sangat rapat dan sebagai ibu bapa kami berasa diberkati mempunyai anak seperti mereka.”

Helikopter itu terhempas di kawasan yang dikenali sebagai Quartermaster Canyon, menurut Ketua Polis Hualapai Francis Bradley.

Penyelamat berdepan angin kencang dan terpaksa berjalan kaki ke kawasan terpencil batuan bergerigi di Barat Rim, sebuah kawasan yang sangat cantik.

Ini bermakna mereka yang cedera perlu menunggu sembilan jam sebelum dibawa ke hospital Las Vegas kira-kira pukul 2 pagi.

Lionel Douglass, yang menghadiri majlis perkahwinan berdekatan, menyaksikan kemalangan itu dengan helikopter berpusing dua kali.

“Ia berlaku begitu pantas,” katanya kepada ABC News.

“Apabila saya melihat ia terbalik, saya tidak pasti apa yang berlaku dan pada masa itu saya menjerit kepada semua orang untuk melihatnya, ia tidak dapat dikawal.

“Ia jatuh di antara gunung-gunung, ekornya pecah dua, bahagian bawah berlanggar dan ia adalah letupan terbesar yang pernah anda dengar. Kemudian ada api yang anda tidak pernah lihat sebelum ini.”

Letupan itu berlaku lima atau enam kali.

Dengan mengezum menggunakan kamera telefonnya,dia terlihat seorang wanita kelihatan terhuyung-huyung dari bangkai pesawat sebelum rebah ke tanah, demikian menurut Douglass.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*