Lelaki Gay Lari Ke Kanada Demi Nafsu Songsang

Share This:

Daripada Ibn ‘Abbas r.a berkata:
Maksudnya: “Nabi s.a.w mengutuk (melaknat) lelaki yang bersifat kewanitaan
dan wanita yang bersifat kelakian,dengan sabdanya: “Keluarlah mereka
daripada rumah-rumah kamu.” Ibn ‘Abbas menambahkan lagi: “Maka Nabi s.a.w
telah mengeluarkan si fulan, dan Umar juga telah mengeluarkan si fulan.” 59

LESBIAN, Gay, Biseksual dan Transgender merupakan satu dosa yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Masihkah lagi kita ingat apa yang terjadi kepada umat Nabi Lut a.s? Sanggupkah kita lihat negara kita hancur seperti negara Nabi Lut?

Tidak bukan, namun pakatan harapan yang diketuai DAP mendokong budaya LGBT ini sehingga mereka membuat perhimpunan haram Bersih bagi memberitahu kepada rakyat dan dunia bahawa pakatan harapan memberi sokongan penuh kepada golongan ini.

Individu yang terlibat dalam seks songsang ini sering menyalahkan negara mereka. Malah golongan ini memburukkan kerajaan di negara luar bagi mendapatkan sokongan untuk melakukan dosa ini.

Seorang lelaki gay Indonesia, Zulfikar Fahd mendakwa bahawa dia melarikan diri dari negara asal dan meminta perlindungan suaka negara Kanada kerana tidak mahu dihukum atas kesalahan berhubungan dengan pasangan sejenis. Dakwa Fahd seperti dalam Reuters, negara Indonesia semakin tegas mengekang aktiviti-aktiviti LGBT dengan menyerbu “parti seks gay”, menyerbu perjumpaan golongan LGBT, menahan sebahagian golongan LGBT atas dakwaan menyalahi undang-undang pornografi dan menyebabkan ramai LGBT menyembunyikan diri.

Bahkan, pihak berkuasa Indonesia juga telah menyekat laman web berkaitan LGBT dan meminta pihak berkaitan menyekat aplikasi LGBT agar rakyat Indonesia tidak dapat lagi mengaksesnya.

Disebabkan perkara ini, Fahd telah menyalahkan pihak polis Indonesia yang didakwanya hanya mengikut arahan pihak konservatif (yang mahu LGBT diharamkan). Parlimen Indonesia dijangka akan meluluskan pindaan rang undang-undang yang akan mengharamkan seks luar nikah dan seks sesama jenis tidak lama lagi.

Menurut cadangan undang-undang ini, mereka yang melakukan seks gay secara terbuka akan dipenjarakan sehingga 18 bulan dan sekiranya terdapat bahan bukti video, mereka akan dipenjarakan sehingga 9 tahun lama.

Selain daripada itu, kerajaan Indonesia juga telah menyekat 169 laman LGBT yang didakwa mengandungi unsur tidak bermoral dan sedang mempertimbangkan undang-undang nasional yang akan mengharamkan kandungan berunsur LGBT daripada sebarang siaran TV menjelang akhir tahun ini.

Baru-baru ini menurut satu kajian dari Pusat Penyelidikan Saiful Mujani, lebih 90% rakyat Indonesia tidak dapat menerima golongan LGBT dan percaya bahawa setiap agama melarang perhubungan sesama jenis.

Ironinya pembangkang diketuai DAP pula memperjuangkan dosa LGBT ini melalui siri himpunan haram Bersih. Mungkinkah kerana ramai ahli keluarga pemimpin kanan pakatan terlibat dalam seks songsang mendorong pakatan harapan menyokong dosa ini?

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*