Lee Chong Wei Nafi Video Seks

Share This:

BERHATI-hati dengan penyebaran berita palsu. Ramai yang menjadi mangsa dan tidak ada seorang pun yang terkecuali. Jaguh badminton negara Lee Chong Wei turut menjadi sasaran mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Beliau menafikan terlibat dalam video seks yang tular di alam maya.

“Dia tidak nampak macam saya pun.

“Kenapa ini berlaku?

“Mungkin sesetengah orang ini ada banyak masa (untuk sebarkan video sebegitu),” beliau dipetik sebagai berkata kepada Sin Chew Daily.

Chong Wei juga mendedahkan beliau sendiri menerima video itu yang dihantar oleh pelbagai pihak.

“Kamu nak saya hantar pada kamu?” katanya berseloroh.

“Ramai orang hantar pada saya.

“Ada pelbagai jenis orang di luar saya, saya malas hendak ambil peduli.”

Carian di Internet dengan mudahnya akan mempertemukan kita dengan beberapa laman web lucah yang memuat naik video lelaki yang didakwa mirip Chong Wei itu.

Video kira-kira 11 minit itu memaparkan hubungan seks seorang lelaki dan seorang wanita.

Laporan itu muncul ketika filem berkaitan kisah hidup Chong Wei akan memasuki panggung wayang tidak lama lagi.

Malam perdana filem berkenaan yang akan diadakan pada 9 Mac depan dan bakal mencatat rekod antarabangsa apabila 30,000 orang dijangka menontonnya di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ia akan ditayangkan menggunakan layar gergasi LED bersaiz 40 meter x 17 meter.

Baru-baru ini kerajaan mahu mengubal undang-undang baru untuk halang penularan berita palsu. Pemimpin pakatan harapan menentang perkara ini.

Mereka menegaskan akta itu tidak perlu dan mereka juga mendakwa peruntukan undang-undang yang ada sudah mencukupi. Berdasarkan jumlah kes yang dilaporkan, semua pihak tahu bawa akta ini diperlukan.

Persoalannya mengapa pembangkang menentang? Adakah ini akan menghalang mereka membuat fitnah jahat sesuka hati?

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*