Jika Pakatan Menang #PRU14, Perlembagaan Akan Dipinda

Share This:

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengingatkan pengundi supaya tidak mengundi Pakatan Harapan (PH) kerana kesannya amat besar khususnya melalui DAP yang akan melakukan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan sekiranya mereka menang dengan majoriti mencukupi.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao mendakwa perkara pertama yang akan dilakukan oleh PHyang dikuasai oleh DAP jika menang PRU14 ialah meminda Perlembagaan Persekutuan mengikut apa yang mereka perjuangkan selama ini.

Pada masa itu, parti-parti lain dalam pakatan tidak akan dapat bersuara kerana DAP berdasarkan keputusan PRU yang lepas, akan memenangi kerusi paling banyak dalam parti-parti lain.

Ramesh dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka akan pinda Perlembagaan melibatkan hak istimewa dan perkara tunjang yang selama ini telah memastikan kestabilan negara.

“Kalau DAP, Pakatan Harapan tawan Putrajaya, perkara pertama yang akan mereka lakukan dengan sokongan PKR dan PPBM ialah hapuskan Perkara 153 Hak Bumiputera dan Kuasa Raja-Raja Melayu sebab dalam Perlembagaan DAP jelas termaktub perjuangan Malaysi for Malaysia,” kata Ramesh dalam kenyataan berkenaan.

Menurut beliau, Parti DAP sudah lama memperjuangkan perkara itu untuk mentadbir Malaysia kononnya menggunakan meritokrasi iaitu semua penduduk mempunyai hak yang sama rata dan adil.

Ramesh yang pernah menyokong DAP satu ketika dulu berkata secara senyap-senyap DAP akan memastikan pentadbiran penting dan sektor utama dalam negara akan dikuasai oleh kaum majoriti dalam parti mereka iaitu Cina.

“Lambat-laun, DAP akan pecahkan populasi kaum dengan memastikan jumlah penduduk tidak akan mengatasi jumlah kaum Cina di kerusi Parlimen untuk menghalang orang Melayu dan kaum lain mampu menang dalam pilihan raya umum selepas mereka menang.

Beliau berkata, DAP adalah anak didik atau adik kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura yang turut sama memperjuangankan Malaysian Malaysia semasa berada dalam Persekutuan Tanah Melayu dulu sehingga memaksa Singapura disingkirkan dari Malaysia.

Jika DAP berjaya menang, perkara sama yang berlaku di Singapura akan berlaku di negara ini, kata Ramesh.

“Rakyat dan pengundi di seluruh negara mesti tolak dari undi Pakatan Harapan dan DAP kerana mereka akan menjadikan negara ini umpama seperti hak milik mereka dan bangsa lain akan ditindas serta tidak lagi diberi peluang serta dibantu,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*