Jawapan EXCO Pulau Pinang Dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang

Share This:

Jawapan yang diberikan oleh EXCO Pulau Pinang Lim Hock Seng dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P.Ramsamy sebagai jawapan kepada Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof adalah pelik.

Fadillah telah menaikkan persoalan serius mengenai projek Terowong Pulau Pinang dan memanggilnya konsesi tol paling berat sebelah dalam sejarah Malaysia.

Lim Hock Seng mendakwa bahawa ia bukanlah luar biasa bahawa pembinaan sesuatu projek bermula 10 tahun selepas projek itu dirancang.

Itu bukan apa yang dikatakan Fadillah. Terdapat perbezaan yang besar antara apabila projek dirancang dan apabila ia dianugerahkan.

Fadillah berkata ia adalah luar biasa bahawa sesuatu projek dijadualkan untuk memulakan pembinaan 10 tahun selepas projek itu dianugerahkan dan kontrak ditandatangani dengan syarikat swasta – bukannya 10 tahun selepas projek itu dirancang.

Ditandatangani vs. dirancang.

Sila ketahui perbezaannya, Lim Hock Seng.

Sementara itu, jawapan P.Ramasamy adalah satu pembohongan yang jelas.

“Hujah yang sama boleh diberikan kembali kepada Fadillah dengan menegaskan bahawa pembinaan kedua-dua jambatan Pulau Pinang yang pertama dan kedua sebenarnya tidak bermula dengan segera selepas menandatangani perjanjian tetapi selepas hampir sepuluh tahun atau lebih,” menurut Ramasamy.

Ini sangat tidak benar.

Jambatan Pulau Pinang yang pertama dibina sepenuhnya oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), sebuah agensi kerajaan – bukan syarikat swasta. Ia siap sepenuhnya dan dibuka kepada orang ramai pada tahun 1985 tetapi secara misteri diambil dari pemilikan kerajaan untuk diberikan dan diswastakan kepada syarikat swasta oleh Tun Mahathir pada tahun 1993.

Perjanjian jambatan Kedua Pulau Pinang sekali lagi ditandatangani dengan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan, Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), yang diperbadankan pada 9 Julai 2008 – sekali lagi bukan syarikat swasta.

Pembinaannya bermula pada November 2008.

Dalam kes Terowong Pulau Pinang, kontrak itu diberikan kepada 100% syarikat milik persendirian pada tahun 2013 dengan pembinaan hanya akan bermula pada tahun 2023.

Seperti yang dijelaskan Fadillah, bukan sahaja Kerajaan Pulau Pinang membayar sepenuhnya syarikat SPV terowong yang 100% milik swasta untuk membina terowong itu, ia juga memberikan konsesi tol selama 30 tahun.

Ini adalah sangat berbeza dari susunan konsesi swasta yang standard yang perlu membiayai pembinaan dan kemudian mengumpul tol untuk mendapatkan semula pelaburan mereka.

Dalam kes Terowong Pulau Pinang, syarikat swasta itu akan mendapat keuntungan dari kontrak pembinaan dan juga daripada kutipan tol selama 30 tahun.

P.Ramasamy nampaknya tidak mengetahui fakta sebenar apabila beliau berkata:

“Dan akhirnya, Fadillah berpura-pura menjadi seorang yang baik dan menanyakan soalan mengapa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak merujuk kepada kementeriannya tentang kemungkinan projek jambatan ketiga menggantikan terowong ini. Jika Fadillah berpendapat bahawa ini adalah salah satu pilihannya, mengapa tidak? Kami bersedia untuk berbincang, cuma berikan kami lampu hijau.

Fadillah tidak berpura-pura menjadi seorang yang baik. Fadillah menegaskan bahawa walaupun begitu banyak janji yang ditabur selama lebih dua tahun dari Kerajaan Pulau Pinang, mereka masih tidak memberikan sebarang dokumen sokongan sama sekali dalam permohonan mereka untuk menukar terowong kepada jambatan yang lebih murah.

Lim Hock Seng dan P.Ramasamy tidak sepatutnya mempertahankan sesuatu yang tidak dapat dipertahankan.

Selain itu, P. Ramasamy patut berhenti berbohong jika beliau tidak jelas tentang fakta-fakta kerana ia akan membuat beliau kelihatan seperti bahan jenaka.

Tulisan asal oleh:
Eric See-To, Facebook Eric See-To, 13 Februari 2018

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*