Gagal Pertahankan JAKIM Bukti PH Tiada Komitmen Jelas Daulatkan Islam

Share This:

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff mengatakan, kegagalan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir mempertahankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bukti Pakatan Harapan (PH) tidak ada komitmen jelas untuk mendaulatkan Islam.

Menurut sumber mengatakan, dalam Sidang Media Presiden Pakatan Harapan pada 6 Februari lalu, Dr Kamarul berkata kenyataan Tun Dr Mahathir agak mengejutkan apabila beliau gagal mempertahankan JAKIM dengan hanya menyebut, “Itu (sama ada JAKIM itu diperlukan lagi) terpulang kepada kita kalau kita jadi kerajaanlah, nothing is permanent (tiada yang kekal)”.

“Jawapan Tun Dr Mahathir bahawa “nothing is permanent (tiada yang kekal)” dalam konteks kewujudan JAKIM ini boleh ditafsirkan sebagai membawa maksud bahawa beliau sendiri pun boleh bersetuju dengan cadangan beberapa pihak supaya JAKIM dihapuskan,” katanya.

Menurut Dr Kamarul melalui Facebook beliau, kegagalan Tun Dr Mahathir mempertahankan kewujudan institusi Islam seperti JAKIM yang ditubuhkan oleh beliau sendiri ini sebenarnya tidak begitu sukar untuk difahami jika diteliti susur galur kewujudan cadangan beberapa pihak supaya JAKIM dihapuskan.

“Mengikut rekod, orang yang pertama mempersoalkan kewujudan JAKIM ini adalah Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP merangkap Ahli Parlimen Bukit Bendera, iaitu Zairil Khir Johari, yang berbuat demikian dalam portal berita Malay Mail Online pada 27 Jun 2015”.

“Ini diikuti oleh satu kenyataan lain oleh Ahli G25, Tawfik Tun Dr Ismail, dalam portal berita The Malaysian Insider pada 9 November 2015 yang mencadangkan JAKIM dihapuskan dengan berkata, “I think JAKIM should be abolished. I don’t think JAKIM should exist”.

“Cadangan Tawfik ini didokong oleh Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin, melalui portal berita The Star pada 24 November 2015, malah oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Tariq Ismail, melalui portal berita The Rakyat Post pada 11 November 2015″.

Tambahnya, cadangan penghapusan JAKIM ini dikatakan disahut oleh individu-individu lain seperti aktivis-aktivis hak asasi manusia pro-Pakatan Harapan, termasuk bekas Timbalan Pengerusi BERSIH, Sarajun Hoda Hassan dan peguam kontroversi, Siti Zabedah Kasim.

Menurut Dr Kamarul, seorang pemimpin yang mempunyai harga diri sudah tentu akan mempertahankan secara mati-matian apa-apa inisiatif yang dibuat oleh beliau yang beliau fikirkan betul, apatah lagi di dalam mewujudkan institusi Islam seperti JAKIM ini.

“Malangnya, demi undi dan demi kuasa, Tun Dr Mahathir tidak ragu-ragu untuk membiarkan legasi beliau dalam soal penubuhan JAKIM ini dilanyak semahu-mahunya, sekaligus menjadikan komitmen Pakatan Harapan untuk mendaulatkan Islam di Malaysia diragui,” katanya lagi.

Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha sebelum ini juga menegaskan bahawa, JAKIM yang bermula sebagai sebuah unit di Jabatan Perdana Menteri sebagai penuh berperlembagaan.

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*