Bibir Melecur Teruk, Ibu Tiri Paksa Minum Air Panas Menggelegak

Share This:

Bibir seorang pelajar darjah satu sebuah sekolah kebangsaan di Lenggeng, Negeri Sembilan melecur selepas dipaksa minum air panas yang masih menggelegak.

 
Berita Harian melaporkan, tindakan kejam tersebut dipercayai dilakukan oleh ibu tirinya, sehari selepas mangsa yang juga anak bongsu dihantar pulang oleh ibu kandungnya.
 
Ibu kandungnya, Nurul Dahlia Jaafar berkata, “Semasa saya hendak menjemputnya bercuti di rumah, saya dapati terdapat kesan melecur di seluruh bahagian bibir anak saya.
 
“Apabila saya bertanyakan punca kesan lecur itu, anak saya memberitahu dia dipaksa minum air panas yang sedang menggelegak.”

 

Dia kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Kuala Lumpur pada hari sama sebelum membuat laporan polis.
 
“Hati ibu mana yang tidak sayu apabila anak kandungnya sendiri diperlakukan sedemikian rupa oleh individu yang tidak bertanggungjawab selain tidak dapat memberikan kasih sebagai seorang ibu.
 

“Sebelum ini, apabila saya membawa anak ketiga dan bongsu (mangsa) ke rumah, mereka akan berasa sangat gembira, tapi ketika hendak menghantarnya kembali ke rumah suami, semua anak-anak saya menangis dan minta tidak dihantar kembali ke sana,” tambahnya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*