Angkara Hubungan Sulit, Isteri Maut,Suami Cedera

Share This:

Pasangan suami isteri ditemukan oleh jiran dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di bahagian dapur kira-kira 9.10 malam,susulan itu jiran mereka terus membuat laporan di pondok polis Sungai Asap.

Dalam kejadian tersebut, seorang wanita berusia 25 tahun ditemukan mati manakala suaminya cedera dengan kesan kelaran di leher masing-masing di sebuah rumah panjang di Sungai Asap di sini, malam semalam (Ahad).

Memetik sumber media, suami wanita itu yang berusia 36 tahun dipercayai mengelar leher isterinya dengan senjata tajam sebelum bertindak mengelar lehernya sendiri kerana mengesyaki mangsa mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Belaga, Asisten Superintendan Mohd Sani Junid yang mengesahkan kejadian, berkata polis yang tiba di tempat kejadian mendapati wanita itu, Melen Ading sudah tidak bernyawa manakala suaminya tidak sedarkan diri.

Mereka kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Asap yang terletak tiga kilometer dari rumah panjang itu sebelum dibawa ke Hospital Bintulu untuk tindakan lanjut.

Kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh dan kini masih disiasat.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*