Video Lim Kit Siang Kena Halau Di Johor

Share This:

MUNGKIN Lim Kit Siang menanggap bahawa orang Melayu telah dapat menerima DAP apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Seri Muhyiddin Yasin mengkhianati Barisan Nasional dengan bersekongkol dengan parti yang anti Melayu dan anti Islam tersebut.

Bapa Lim Guan Eng itu baru menyedari bahawa Mahathir dan Muhyiddin sebenarnya gagal mendapatkan sokongan orang Melayu apabila penduduk kampung Bakar Batu di Johor Bahru telah menghalau beliau yang sedang bersiap sedia untuk membuat ucapan.

Bagi menutup malu, Pakatan Harapan yang diketuai DAP menuduh kekecohan dalam ceramah tersebut didalangi UMNO dan Barisan Nasional.

Sememangnya itu adalah cara pembangkang. Apa sahaja kegagalan mereka maka pakatan mengambil jalan mudah menuduh semuanya salah UMNO dan BN. Tuduhan pembangkang berkenaan insiden Kit Siang kena halau kononnya didalangi UMNO tidak mempunyai bukti apatah lagi penduduk yang hadir dalam ceramah tersebut tidak memakai baju UMNO atau BN pun.

Disekitar kawasan tersebut hanyalah simbol-simbol dan baju DAP, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipakai kumpulan penyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng dan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

Kegagalan DAP menghormati penduduk setempat merupakan punca sebenar kekecohan tersebut. Lebih tepat lagi DAP semakin dibenci rakyat Malaysia.

Program Sembang Santai Warung di kampung tersebut kecoh apabila penduduk tempatan membantah kedatangan pemimpin pakatan terutama Penasihat DAP itu dan puncanya dipercayai kerana tidak memaklumkan kehadiran pemimpin berkenaan kepada ketua kampung.

Kah Eng kemudian dalam sidang akhbar yang disiar menerusi Facebooknya mendakwa gangguan itu berpunca daripada UMNO dan BN yang menyalahgunakan kuasa mereka sebagai kerajaan untuk menakutkan orang supaya tidak beri ruang kepada PH untuk bertemu dengan rakyat.

Melalui video Live yang dipaparkan di Facebook ADUN Stualang itu, seorang pemuda berkata, kehadiran Ahli Parlimen Gelang Patah tersebut pada masa ini tidak diperlukan.

“Kita ada ketua kampung, hormat sikit ketua kampung. Janganlah tidak hormat ketua kampung. Ini datang buat kita punya tempat.

“Masalah dia tidak beritahu kita. Tak boleh. Kita orang tidak setuju. Kenapa dia nak datang,” kata penduduk tersebut.

Akibat bantahan tersebut Ahli Parlimen Gelang Patah dengan pemimpin pakatan lain meninggalkan kampung berkenaan yang pertama kali dijejakinya itu.

Insiden ini secara langsung menyedarkan DAP bahawa Mahathir dan Muhyiddin gagal menjadi alat parti chauvanist itu menipu orang Melayu agar “menyerahkan kuasa” kepada DAP.

– pru14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*