Video Ibu Hunus Pedang Samurai “Join” Anak Bergaduh

Share This:

IBU bapa perlu berfikir dengan waras dan menasihati anak-anak apabila mereka bertelingkah dengan anak-anak jiran bukannya turut sama bergaduh dengan mereka. Memang sungguh memalukan apabila satu video tular ibu bapa masuk campur pergaduhan anak-anak sehingga pedang samurai dikeluarkan.

Insiden di kawasan perumahan di Paka, Dungun di Terengganu itu berpunca daripada pertengkaran mulut sebelum kemudiannya, berlarutan sehingga kemuncaknya pedang samurai dihunuskan.

 

Berdurasi lebih kurang 1:30 minit itu, ia menjadi tular apabila dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial Facebook dan kemudiannya dikongsi oleh pengguna lain.

Dalam hal ini, Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah memaklumkan satu laporan polis telah dibuat mengenainya.

Malah senjata yang digunakan dalam pergaduhan berbau ugutan itu juga turut dirampas.

“Ekoran daripada video yang ditularkan di Facebook, perbalahan mulut antara dua keluarga berpunca daripada pergaduhan anak-anak. Pada pukul 4 petang Ahad, seorang lelaki bertindak menyerahkan sebilah pedang di Balai Polis Paka Dungun.

“Mereka yang terlibat juga telah dipanggil bagi memberi keterangan,” kata Baharudin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM2,000.

Jadi ibubapa memerlukan ilmu dan hikmah. Didiklah anak-anak dengan baik.

– pru14.tv

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*