Tahun 1998, Mahathir Tidak Pernah Pesan “Kuatkan Semangat” Pada Anwar

Share This:

Walaupun sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998, Anwar Ibrahim tidak pernah diberikan pesanan oleh Perdana Menteri pada masa itu Mahathir Mohamad supaya kuatkan semangat dan teruskan perjuangan selepas memecatnya dari jawatan.

Malahan, Mahathir melabelkan Anwar sebagai seorang yang teruk kelakuan moralnya dan berkata Anwar tidak layak jadi Perdana Menteri kerana dianggap sebagai manusia yang jijik. Sekarang dek kerana sudah satu bahtera dengan pembangkang, Mahathir sampai berpesan kepada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang baru-baru ini dihukum penjara selama 30 bulan.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen PKR-Pandan, dihukum penjara 30 bulan kerana melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA). Dia didapati bersalah atas pertuduhan mendedahkan dokumen penyata baki akaun milik National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan akaun bank Pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail kepada perunding media Yusof Abdul Alim dan wartawan The Star, Erle Martin Carvalho.

Ia amat berbeza pada 15 April 1999 apabila dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas empat tuduhan pindaan rasuah kerana menyalah guna kuasa di bawah Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.

Pada masa itu, Anwar turut gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dengan ikat jamin sementara menunggu rayuan. Menurut Hakim, Datuk S Augustine Paul, kesalahan yang Anwar lakukan adalah serius dan undang-undang berkaitan telah diluluskan untuk mencegah ahli politik dan pegawai awam daripada menyalahgunakan kuasa mereka.

Mahathir tidak langsung pesan kepada Anwar mahupun isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anak-anaknya ketika Anwar dipenjara malahan buat tidak kisah kerana ketika itu Mahathir adalah seorang Perdana Menteri dalam Barisan Nasional (BN).

Betapa Mahathir double standard ketika jadi Perdana Menteri dan sekarang jadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) pembangkang. Walhal, Anwar pada masa itu adalah bekas Timbalannya, tapi tidak dapat apa-apa pesan pun.

“Rafizi, kuatkan semangat jangan berasa kecewa, kita berjuang mungkin mengambil masa, mungkin menang mungkin kalah tapi perjuangan mestilah kita teruskan demi bangsa dan negara,” pesanan yang sepatutnya Anwar terima pada tahun 1999.

Anwar pasti mengikuti perkembangan ini dan menilai apa istimewanya Rafizi berbanding dirinya yang pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu.

Kini, mereka yang dihukum penjara oleh mahkamah kerana kesalahan undang-undang sudah mula dipertahankan oleh Mahathir tidak masa tahun 1999 yang Mahathir turut menyokong keputusan mahkamah memenjarakan Anwar.

Mahathir agaknya lupa, pada 19 Disember 2011 Rafizi pernah menuduh Mahathir berbohong kerana ada dokumen Bank Dunia yang membuktikan beliau bertanggungjawab ambil pinjaman Bank Dunia tahun 1999.

Bagusnya Mahathir, kini sudah boleh berpesan kepada orang yang pernah menuduh beliau menipu hanya kerana Mahathir dan Rafizi kini satu bahtera dengan tujuan yang sama. Kasihan Anwar.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*