Siapa Yang Lagi Biadab?

Share This:

Buat kali kedua di negeri yang sama, Penasihat Agung DAP, Lim Kit Siang menerima pukulan hebat dari penduduk setempat yang bertindak mengganggu dan cuba mengusirnya dari meneruskan ceramah di negeri Johor. Kali ini, Lim Kit Siang seolah-olah sukar untuk menerima hakikat bahawa penduduk di Kampung Bakar Batu sememangnya tidak mengalu-alukan kehadirannya.

Mungkin Lim Kit Siang merasakan, dia boleh bebas kemana sahaja untuk membuat ceramah politik namun dia terlupa bahawa dia juga bersekongkol dengan beberapa orang yang sememangnya dikenali sebagai penderhaka kepada Istana dan cuba melakukan kerosakan terhadap perpaduan antara kaum di negara ini.

Dalam satu reaksinya, Lim Kit Siang menempelak Ahli Parlimen Johor Bahru dan mempersoalkan siapa yang biadab setelah dia menerima gangguan sedemikian. Dalam reaksi balas, Tan Sri Shahrir Samad memberitahu, Lim Kit Siang sendiri bertindak biadab apabila meredah sesuka hatinya kekampung orang tanpa mematuhi adab dan sopan yang sepatutnya dilakukan oleh Ahli Perlimen Gelang Patah berkenaan.

Timbul satu persoalan, adakah tidak biadab namanya itu apabila meredah masuk sesuka hati ke kampung orang dan cuba menghasutorang ramai membenci kerajaan? Tidakkah biadab namanya itu apabila bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir yang diketahui umum mempunyai hubungan yang cukup tegang dengan pihak Istana termasuk Istana negeri Johor itu sendiri?

Lim Kit Siang juga patut sedar bahawa satu ketika dahulu, dia jugalah yang menimbulkan slogan Malaysia Malaysian yang membawa maksud, Malaysia akan ditukar olehnya menjadi sebuah negara Republik sekiranya berkuasa. Adakah ini belum cukup menggambarkan betapa biadabnya Lim Kit Siang terhadap kaum Melayu dan Istana itu sendiri?

Sepatutnya, dia wajar sedar bahawa ayat biadab itu sendiri wajar digalas olehnya memandangkan begitu banyak perkara yang dilakukan olehnya hanya semata-mata mahu mengejar kekuasaan mutlak. Bagaimana orang Melayu boleh lupa dengan apa yang dilakukan oleh Lim Kit Siang? Adakah dia merasakan Pakatan Harapan sekarang sudah terlalu kuat sehingga dia merasakan boleh melakukan apa yang dia mahukan?

Dia seharusnya sedar bahawa tidak semuanya akan mengikut apa yang dia mahukan. Cubaannya untuk mempengaruhi orang melayu yang majoritinya masih kuat berpegang kepada adatnya, adalah satu tindakan yang sia-sia dan boleh dianggap terlalu biadab. Sedangkan Gelang Patah sendiri pun tidak dijaga, lagi hendak sibuk dengan kawasan orang lain.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*