Saintis Malaysia Tetap Pilih Negara Sendiri Berbanding Negara Asing

Share This:

Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim yang juga merupakan anak kepada Mufti Pulau Pinang, pada April 2014, membuktikan semangat Malaysia Boleh apabila menjadi rakyat Malaysia pertama melancarkan satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (Nasa) ke angkasa lepas.

Namun mungkin ramai yang tidak tahu kisah sebenar sebelum beliau berjaya mencapai kejayaan sebegitu hebat ini.

Ketika itu, beliau berusia 36 tahun, Dr Wan Wardatul sudah mengetuai sekumpulan 28 saintis, pakar teknologi dan jurutera untuk mengkaji program astrobiologi pertama di agensi itu.

Program berkenaan membuat kajian terperinci untuk menyelidik bagaimana respon sel hidupan apabila berdepan kekurangan graviti.

Projek itu kemudiannya melancarkan satelit nano dan roket SpaceX sebagai sebahagian perjalanan Nasa untuk misi menakluk planet Marikh.

Ketika ditanya bagaimana perjalanannya dengan Nasa bermula, menurutnya semuanya hanya bermula dengan tugas kecil mencuci kaca slaid yang ditugaskan kepadanya.

Bermula dengan mencucui kaca slaid akhirnya membawa beliau bekerja dengan Nasa.

“Saya boleh dapatkan kerja di Nasa dengan senang, tapi saya mahu selesaikan ‘masalah sebenar’. Bukan saya tak cukup selesaikan masalah di Amerika Syarikat tetapi di sana mereka mempunyai ramai yang boleh berbuat demikian di sana”katanya.

Tambahnya lagi, bercakap tentang Malaysia, merasakan yang beliau boleh merungkai permasalah yang terjadi dalam masyarakat.

Dalam pada itu, artikel positif mengenai kejayaan dan kecemerlangan anak Malaysia dalam bidang kajian sains dan teknologi yang sepatutnya mendapat komen positif menjadi sebaliknya selepas kebanyakan komen yang ditulis bersifat menghentam dan rasis.

Menurut sumber mengatakan, artikel yang diterbitkan oleh portal Malaysiakini bertajuk “Why Nasa scientist Amani chose M’sia over the stars” itu dikatakan adalah mengenai saintis berbakat Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim yang pernah mengetuai projek NASA Small Satelit (nanosatelit), Sporesat pada tahun 2014.

Selepas itu, Dr Amani dikatakan membuat keputusan memilih untuk kembali ke tanah air (Malaysia) berkhidmat kepada masyarakat ,bertugas di IUUM , Gombak walaupun berpeluang untuk bekerja di NASA.

Pihaknya bersama pasukan juga kini mencipta alat pemantau glukosa darah yang boleh diguna semula dan dijual pada harga berpatutan.

Namun, didapati ruangan komen dipenuhi dengan komen-komen yang negatif, rasis dan menghentam berbanding pujian dan kata-kata positif untuk satu berita yang positif. Seorang netizen yang menggunakan nama ‘debater’ mendakwa, staf akademik sepatutnya dilantik berdasarkan merit, rekod kajian dan sumbangannya. Jika tidak, apa yang diucapkannya hanya kata-kata kosong (tidak bermakna).

Manakala komen dari hello pula menyifatkan Dr Amani seperti tidak nampak realiti di Malaysia di mana 99% bangsa tertentu menguasai pangkat tinggi dalam bidang akademik juga jawatan dalam kerajaan.

Seorang lagi dengan nama Anonymous seolah-olah mempertikaikan pencapaian Dr Amani melancarkan nanosatelit, Sporesat dan membandingkannya dengan pencapaian negara-negara seperti Jepun dan Korea Utara yang telah melancarkan banyak satelit. Bukan itu sahaja, anonymous juga seolah-olah menyifatkan hanya saintis kampung yang menganggap pelancaran nanosatelit sebagai satu pencapaian heba

Bagaimanapun,sehingga ke waktu penerbitan penulisan ini, Malaysiakini masih membiarkan ruangan komennya dipenuhi dengan pelbagai komen berbaur negatif dan rasis tanpa mengambil sebarang bentuk tindakan untuk menyekat atau menapis komen-komen pembaca berbayarnya.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*