Ronaldo Larang Penyokong ‘Boo’ Benzema

Share This:

CRISTIANO Ronaldo tidak berpuas hati dengan penyokong kelabnya sendiri.

Pemain antarabangda Portugal itu menunjukkan isyarat jangan dengan jarinya kepada penyokong-penyokong Real Madrid yang mengejek Karim Benzema selepas terlepas peluang gol.

Bagaimana pun perlawanan itu menyaksikan Real Madrid menang selesa dengan keputusan 5-2 ke atas Real Sociedad.

Penyokong Real Madrid itu dikatakan bertindak demikian kerana memprotes apabila merasakan sokongan mereka tidak dihargai musim ini.

Karim Benzema

Malah mereka juga tidak memberi sebarang reaksi ketika jaringan pertama yang dilakukan oleh Lucas Vazguez.

Pemain tengah Toni Kroos menyumbat gol kedua Madrid, manakala tiga gol lagi dilakukan oleh Ronaldo.

“Saya tidak tahu kenapa mereka melakukan tindakan itu.

“Mereka boleh buat apa yang mereka suka.

“Karim mempunyai peluang tetapi paling penting adalah permainan seterusnya dan dia akan lakukan,” jelas pengurus Zinedine Zidane.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*