Red Giant Akan Kembali Ke Shah Alam Jika BN Menang

Share This:

NASIB malang yang menimpa skuad bola sepak Selangor akan berakhir sekiranya Barisan Nasional dapat merampas kembali Selangor dari tangan pakatan harapan yang diketuai DAP.

Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan skuad tersebut akan beraksi semula di Stadium Shah Alam sekiranya BN menguasai Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Keputusan itu dibuat kerana beliau amat memahami isi hati orang muda Selangor berhubung isu berkenaan.

Stadium Shah Alam pun BN akan serahkan balik kepada pasukan Red Giant. Itu janji Datuk Seri Najib kepada rakyat Selangor.

Kerajaan negeri Selangor pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak membenarkan Stadium Shah Alam digunakan sebagai gelanggang buat pasukan The Red Giants. Perkara ini dilihat sebagai tidak betul. Selama ini Stadium Shah Alam merupakan gelanggang tuan rumah pasukan itu.

Menurut sumber, hanya disebabkan isu politik, skuad Selangor dinafikan bermain di stadium Shah Alam. Isu Stadium Shah Alam menyaksikan pasukan Red Giants ‘merempat’ sehingga terpaksa mencari ge­langgang lain.

Badan Bertindak Pe­nyo­kong Selangor menghantar memorandum yang mengandungi 15,000 tandatangan kepada Azmin. Sekiranya beliau enggan mempedulikan memorandum tersebut maka mereka akan membawa isu berkenaan kepada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin dalam usaha mendapatkan sokongan daripada pihak istana.

Benar bagai diduga, Azmin tidak mengendahkan perkara tersebut. Malah beliau membuat perbandingan suasana sukan itu dengan keadaan di Iraq. Pengurus pasukan bola sepak Selangor “malu” dengan kenyataan menteri besar tersebut.

Datuk Abdul Rauf Ahmad berkata Azmin Ali patut memikirkan pembangunan bola sepak negeri khususnya Red Giants. Bagi pemain Red Giants dan rakyat Selangor, Stadium Shah Alam merupakan ‘stadium keramat’ dan tempat jatuh bangunnya sukan bola sepak di Selangor lebih 20 tahun lalu.

Red Giant dihalang beraksi di stadium itu berikutan masalah antara FAS dan kerajaan Selangor sejak akhir 2016.

Semalam, Azmin menyindir gesaan untuk membenarkan Red Giants menggunakan stadium tersebut sebagai gelanggang rasmi Liga Malaysia 2018.

“Iraq itu tidak ada padang bola pun, boleh main dekat padang pasir,” Azmin dilapor berkata.

Sudah sampai masanya Selangor dipulangkan kepada BN yang mampu mentadbir negeri tersebut dengan lebih baik.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*