#PRU14 : Pembangkang Sebenarnya Yang Jadikan Pilihan Raya Umum Jadi Kotor

Share This:

Pakatan pembangkang sekarang sedang mendakwa PRU14 nanti adalah yang paling kotor dalam sejarah. Tahukah anda? bahawa dakwaan pilihan raya umum kotor ini adalah dakwaan yang dibuat oleh parti DAP setiap kali pilihan raya umum. Ia ada strategi propaganda mereka untuk menjadikan semua pilihan raya penuh kekecohan dan kekotoran.

Dakwaan kali ini dibuat oleh Ahli Parlimen PKR-Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang menyatakan ia bakal jadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah negara. Tapi bila disemak secara lanjut, Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara, Tony Pua pernah kata PRU13 adalah yang paling kotor. Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang pun kata benda sama tapi beliau menang di Kerusi Parlimen Gelang Patah.

Dia menggunakan cerita palsu bahawa parti kerajaan Barisan Nasional (BN) mendaftarkan pekerja asing dan pemastautin tetap sebagai pengundi hantu tetapi ia tidak dapat dibuktikan. Ahli Parlimen PKR-Ampang, Zuraidah Kamaruddin juga terlibat fitnah BN dengan kata bahawa ada 2,000 pekerja asing didaftarkan tapi tiada bukti.

Tanpa gagal, pada setiap pilihan raya DAP akan kata ia akan jadi yang terkotor dalam sejarah. Itu adalah modal biasa yang akan selalu digunakan oleh DAP sama seperti dakwaan Malaysia akan jadi bankrap. Perlu diingat, dulu semasa Mahathir Mohamad, Pengerusi pakatan harapan sekarang jadi Perdana Menteri pun, DAP kata benda yang sama.

Selepas kata PRU13 dan PRU14 adalah yang terkotor, DAP juga pernah kata PRU12 adalah yang paling kotor. Pada masa itu, Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Santiago menyokong dakwaan satu badan asing bahawa PRU12 adalah yang paling kotor. Pengundi tahu organisasi itu membuat kenyataan ikut telunjuk DAP hendak rosakkan pilihan raya.

Pilihan raya pada tahun 1990 pun DAP kata pilihan raya paling tidak bersih dalam sejarah termasuk menulis buku berkenaan dengannya.

Buku berkenan bertajuk “Pilihan Raya Paling Kotor Dalam Sejarah Malaysia” diterbitkan pada 1991 ditulis oleh diktator DAP, Kit Siang. DAP akan tetap dakwa plilihan raya kotor walaupun mereka menang sudah dua kali di Pulau Pinang dan anak Kit Siang, Lim Guan Eng sudah dilantik jadi Ketua Menteri.

DAP turut dakwa PRU pada tahun 1990 sebagai satu pilihan raya paling kotor dalam sejarah negara. Selagi mereka tidak menang, selagi itu pilihan raya umum akan tetap kotor.

DAP suka tuduh dan buat cerita bahawa proses pilihan raya di Malaysia kotor dan penuh penipuan. Bagi mereka proses undi yang sempurna hanyalah ketika pemilihan CEC DAP yang didakwa oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai tidak sah kerana ada penyelewengan dalam penggunaan aplikasi Microsoft Excel yang mengendalikan pemilihan.

Kit Siang pada 2001 ketika Mahathir jadi Perdana Menteri, beliau kritik Mahathir cuba mempermain-mainkan rakyat dalam keputusan untuk membuat pilihan raya mengejut pada masa itu.

“Jika Mahathir serius untuk mengadakan satu pilihan raya umum mengejut, beliau perlu berhenti berdolak-dalih dengan perkataan pilihan raya mengejut tetapi perlu lakukan dua perkara.

“Pertama, beliau takkan membubarkan Parlimen sehingga mandat hingga sampai tahun kelima mandat pilihan raya lepas iaitu November 2003, dan yang kedua, pilihan raya umum mestilah bebas, adil dan bersih.

“Nampaknya, ada kemungkinan pilihan raya umum ke-11 nanti akan menjadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah negara,” kata Kit Siang dalam laman webnya pada 2001.

DAP akan kata pilihan raya umum di negara ini bersih kalau mereka menang tapi mereka tetap akan ditolak oleh rakyat sampai bila-bila kerana strategi politik mereka yang tidak mendatangkan faedah dan tidak berguna. Sudah lebih 40 tahun, setiap pilihan raya DAP guna modal yang sama iaitu negara akan bankrap dan pilihan raya umum akan jadi yang terkotor.

Pakatan pembangkang yang didalangi DAP sebenarnya yang sentiasa jadikan pilihan raya umum di negara ini kotor untuk kepentingan mereka.

BN bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak buang masa layan buat cerita palsu untuk burukkan pihak lain. BN jalankan kerja untuk rakyat dan masa depan negara kemudian biar pengundi tentukan mengikut peraturan pilihan raya. Bukannya buat cerita palsu burukkan kerajaan dan pemimpin kemudian harapkan rakyat undi mereka.

Ada pihak menyatakan, jika selepas 50 tahun, adakah DAP akan punya modal lain untuk propaganda mereka atau masih sama selagi Guan Eng dan Kit Siang masih bernyawa. Mereka buat cerita bukan-bukan, tapi di belakang salah guna kuasa dan rasuah cuba ambil duit rakyat untuk poket mereka sendiri.

Pakatan Harapan ini bukan parti politik tapi gerakan yang kotor segala-galanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*