Polis Terkejut, Budak 9 Tahun Hisap Dadah

Share This:

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, seramai 145 remaja bawah umur terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di Kelantan.

 
Free Malaysia Today melaporkan, kebanyakan mereka adalah antara 984 remaja yang ditahan polis selepas terbabit pelbagai kes juvana.
 
“Ada sebahagian daripada remaja bawah umur itu yang berusia seawal 9 tahun sudah mula mencuba menggunakan dadah dan ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya.
 

 

Tambahnya, remaja bawah umur ini mencuba dadah selepas dipengaruhi rakan sebaya. Kalau tak cuba akan digelar tidak sado (hebat).
 
Sementara itu, pihak polis akan mengambil tindakan tegas termasuk menyaman pelajar yang menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak memakai topi keledar.
 

“Kita akan laksanakan undang-undang tanpa memilih bulu, walaupun terdapat alasan pelajar berkenaan hanya menunggang motosikal ke sekolah sahaja.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*