Mukhriz Perlu Nasihatkan Mahathir Berehat, Biar Dia Ambil Alih Pakatan

Share This:

Pada Oktober 2003 dulu, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad pernah berkata bahawa beliau letak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana mahu ada lebih masa untuk diri sendiri dan mahu bersama keluarga serta cucu. Itu cerita masa itu, tapi sekarang ia sudah jauh terpesong.

Mahathir sudah jadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) iaitu blok pembangkang dan sudah dipilih sebagai calon Perdana Menteri sekali lagi dengan usianya sudah mencecah 93 tahun.

Pada malam 9 Februari, dia dikatakan terpaksa dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapatkan rawatan jangkitan di dadanya dan beliau demam. Nampaknya, tugas politik sudah mula menjejaskan kesihatan Mahathir yang sepatutnya berehat pada usia sebegitu.

Ahli keluarga Mahathir mesti kecewa kerana bapa mereka masih berdegil mahu aktif berpolitik menyerang Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai tohmahan serta sanggup bersekongkol dengan pembangkang.

Anak Mahathir, Mukhriz yang pernah menjadi Menteri Besar Kedah perlu ambil peranan menasihati bapanya itu untuk berhenti berpolitik dan lantik beliau terus untuk jadi Pengerusi PH untuk pimpin pakatan pembangkang seterusnya ambil alih sebagai calon Perdana Menteri.

Beri ruang kepada bapanya untuk menjaga cucu dan mungkin bermain dengan anjing yang pernah dilihat tidur bersama dengan cucunya, Othman anak kepada Mirzan dalam satu posting di Instagram satu masa dulu.

Dengan usia Mukhriz masih muda, pasti tidak ada masalah untuk pemimpin dalam PH untuk terima memandangkan Mukhriz masih muda dan amat berpotensi jadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang PRU14 nanti. Tidak perlu layan banduan liwat, Anwar Ibrahim yang dikatakan mahu jadi Perdana Menteri kerana beliau pun berusia tua dan sudah tidak mampu.

Dalam Penjara Sungai Buloh sahaja, sudah berapa kali Anwar dimasukkan ke dalam hospital dan mendapatkan rawatan sampai ke tahap pembedahan. Bagaimana hendak jadi Perdana Menteri, kalau asyik terima rawatan dan masuk hospital.

Elok, Mukhriz sebagai anak yang baik menasihatkan Mahathir supaya berhenti dan serahkan tampuk pimpinan PH kepada anaknya Mukhriz.

Tidak ada masalah kerana dalam PH memang diamalkan kronisme iaitu kepimpinan anak beranak. Apa yang Mahathir hendak takut?

Dalam DAP, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng sama-sama memimpin DAP. Dalam PKR, Anwar dan isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail juga sama-sama menguruskan gerak kerja parti memimpin PKR. Mahathir perlu berehat dan bermain dengan cucunya seperti yang diinginkan beliau pada 2003 itu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*